Spesifikasi dan Harga Wiko Harry Malaysia

Jenama Smartphone dari Perancis, Wiko Mobile nampaknya semakin mendapat tempat di pasaran Malaysia. Sehingga kini 13 model smartphone yang telah dibawa masuk ke pasaran tempatan yang terdiri dari model mampu milik, pertenghan dan juga model premium. Fokus utama Wiko Mobile adalah golongan muda dan remaja dengan rekaan peranti yang lebih bergaya, spesifikasi yang terbaik pada harga yang lebih rendah.

Terbaru meraka mengemaskini siri Y-Range dengan membawa masuk satu lagi model mampu milik untuk keluarga tersebut yang dikenali sebagai Wiko Harry. Buat masa ini telah terdapat empat model dari siri Y-Range iaitu Wiko Jerry, Wiko Lenny3, Wiko Robby dan yang terbaru Wiko Harry yang akan dipasaran dengan harga RM599.

Reka Bentuk Bergaya Dengan Pilihan Warna Anthracite Dan Gold

Wiko Harry boleh dikelaskan sebagai Smartphone mampu milik bedasarkan harganya yang rendah. Walaupun begitu, Wiko masih lagi mengekalkan reka bentuk premium seperti mana terdapat pada model-model yang lain. Penutup belakangnya diperbuat dari logam dengan dua pilihan warna iaitu Anthracite dan Gold. Kerangka di setiap penjurunya lebih membulat dan bahagian belakang yang melengkung untuk memberikan rekaan yang lebih ergonomik dan selesa di genggam.

Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia
Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia
Wiko Harry Dengan Rekaan Logam Yang Premium Berwarna Anthracite dan Gold

Bahagian atasnya menampilkan port miniUSB untuk pengecasan dan pindahan data serta port 3.5mm jack untuk disambung ke Earphone atau pun Headset. Sisi kanannya pula menawarkan butang kuasa dan dua butang kawalan pembesar suara.

Di bahagian hadapan pula, Wiko Harry menawarkan paparan IPS dengan resolusi HD sebesar 5.0 inci yang cukup terang dan jelas. Terdapat juga tiga butang capacitive di bahagian bawah (Back, Home, Recent Apps) manakala di bahagian atasnya terdapat, lensa selfie, earpiece dan sensor proximity.

Smartphone Dengan CPU Quad-Core, 3GB RAM Dan Android Nougat

Untuk prestasinya, Wiko Harry berada di kelasnya yang tersendiri setanding dengan model-model pertengahan popular yang lain. Wiko Harry menawarkan pemproses Quad-Core 1.3 GHz dengan pemproses grafik Mali-T720 bagi memastikan ia lancar terutamanya pada aplikasi atau permainan yang memerlukan keupayaan grafik yang tinggi. Penggunaan 3 GB RAM juga amat membantu fungsi multitasking yang lebih lancar.

Wiko Harry juga menawarkan memori dalaman sebesar 16 GB yang sudah cukup memuatkan beratus video, gambar dan juga lagu. Malah, sekiranya masih belum mencukupi sudah tentu slot microSD boleh digunakan untuk memuatkan memori microSD sehingga 128GB.

Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia
Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia
Wiko Henry Dengan Android Nougat Serta Sentuhan Antaramuka Wiko UI Yang Lebih Kemas 

Smartphone ini juga hadir dengan kapasiti bateri 2500 mAh. Menurut Wiko, Baterinya mampu bertahan sehingga 235 jam waktu sedia dan sehingga 10 jam masa berbual dengan menggunakan rangkaian 3G. Antara fungsi-fungsi menarik yang lain terdapat pada peranti ini termasuk sokongan rangkaian 4G LTE dengan capaian internet yang pantas, sokongan Dual Micro-SIM, Bluetooth, Wifi dan GPS.

Seperti model-model Wiko sebelum ini, Wiko Harry juga menggunakan sentuhan antaramuka Wiko UI. Namun untuk model baru ini ia dikuasai oleh platform Android terkini versi Android 7.0 Nougat. Wiko UI membawakan antaramuka yang lebih kemas, mudah digunakan serta hadir dengan pelbagai fungsi tambahan berbanding Android Nougat yang asli. Wiko juga hadir dengan beberapa aplikasi eksklusif termasuk Wiko Launcher, Phone Assist, Smart Actions, Smart Gesture, Smart Screenshot dan sebagainya.

Kamera Utama 13 Megapixel Dan 5 Megapixel Kamera Selfie

Untuk kamera, Wiko Harry menampilkan lensa utama 13 Megapixel dengan kebolehan Auto-Fokus, 4X digital Zoom serta mampu merakam video dalam resolusi HD720P. Aplikasi kameranya juga amat mudah digunakan dengan pelbagai pilihan aturan dan juga mod fotografi termasuk mod Panorama, HDR, FaceBeauty dan sebagainya. Wiko juga membawakan mod Professional bagi yang mahir menggunakan aturan sendiri termasuk untuk manual fokus, ISO, Exposure dan White Balance.

Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia
Aplikasi Kamera Yang Kemas Dan Mudah Digunakan

Peranti ini juga amat sesuai bagi yang gemar mengambil photo Selfie. Kamera hadapannya hadir dengan kamera 5 Megapixel dengan mod FaceBeuty dan WideSelfie untuk gambar selfie yang lebih cantik dan menarik.

Harga Wiko Harry Di Malaysia Serendah RM599

Wiko Harry kini telah berada di pasaran tempatan. Harga Wiko Harry di Malaysia adalah RM599 yang hadir dengan pilihan warna Anthracite dan Gold.  Dengan harganya yang mampu milik sudah tentu peranti ini antara model pilihan bagi yang mencari smartphone dibawah RM600. Tambahan pula dengan rekaan urban, platform Android terkini serta spesifikasi yang meyakinkan memberi kelebihan pada smartphone baru ini.

Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia
Wiko Harry Dengan Pakej Lengkap Termasuk Earphone, Screen Protector Dan Back Cover

Setiap pembelian Wiko Harry akan menerima pakej lengkap termasuk earphone, screen protector dan transparent back cover yang tersedia di dalam kotak. Untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini boleh ke laman Facebook Wiko Malaysia atau layari laman rasmi Wiko Mobile.