Samsung Galaxy J7 Max

Siri Samsung Galaxy J sangat mendapat sambutan oleh kerana ia menawarkan harga yang berpatutan dengan spesifikasi yang terbaik. Oleh kerana itu Samsung berusaha menawarkan pelbagai variasi dan model untuk siri Galaxy J. Terbaru, Samsung dijangka akan mengeluarkan peranti bersaiz besar yang dikenali sebagai Samsung Galaxy J7 Max tidak lama lagi.

Phablet ini dijangka hadir dengan skrin bersaiz 5.7 inci pada resolusi HD Penuh 1080P. Di bahagian dalamnya, ia dimuatkan dengan pemproses Mediatek MT6757V (Helio P20) dengan kemampuan CPU 8-Teras 1.6 Ghz. Ia juga didatangkan dengan memori terbina 32 GB serta 4 GB RAM dan menyokong slot tambahan microSD. Spesifikasi kamera juga agak mantap dengan lensa 13 Megapixel, F1.7 di bahagian hadapan dan belakang. Kedua-dua kameranya juga terdapat LED Flash untuk pencahayaan yang lebih baik.

Peranti yang dikuasai oleh Android Nougat ini turut menyokong fungsi Samsung Pay untuk pembayaran mudah alih. Ia juga kan hadir dengan 3300 mAh bateri serta dua pilihan warna termasuk hitam dan emas.

Bagi harga Samsung Galaxy J7 Max pula dijangka sekitar USD311 atau bersamaan RM1399 di Malaysia. Ia akan diperkenalkan pada minggu ke-2 Jun ini dan berkemungkinan besar Malaysia merupakan salah satu negara yang akan menerima peranti ini di pasaran tempatan.

Sumber : PhoneArena