Samsung Galaxy Note 7R

Seperti yang telah kita tahu Samsung akan melancarkan semula peranti perdana Samsung Galaxy Note 7 yang telah dihentikan penjualan dan penggunaannya sebelum ini. Walaupun ia merupakan model perdana, Samsung terpaksa mengambil keputusan tersebut bagi menjaga keselamatan penggunanya. Selepas masalah ini diatasi dan dibaik pulih, Samsung bakal mengeluarkan semula ke pasaran dengan nama baru yang dikenali sebagai Samsung Galaxy Note 7R.

Namun malangnya Samsung tidak bercadang untuk melancarknnya secara global. Buat masa ini hanya dua negara yang boleh dapatkan peranti premium ini iaitu Korea Selatan dan juga China yang dijangka akan mula dipasarkan pada penghujung Jun ini. Untuk harga Samsung Galaxy Note 7R pula akan diturunkan sehingga 30% untuk peranti baik pulih ini. Di Malaysia model Galaxy Note 7 asal dijual dengan harga RM3199 dan untuk model refurbished ini mungkin berharga sekitar RM2299.

Untuk masalah baterinya, Samsung telah menggantikan bateri baru dengan kapasiti yang lebih kecil iaitu 3200 mAh berbanding model asal dengan bateri 3500 mAh. Spesifikasi lain tidak berubah termasuk skrin QHD 5.7 inci, kombinasi kamera 12 dan 5 Megapixel, 4 GB RAM serta ruangan memori sebesar 64 GB. Phablet refurbished ini juga akan hadir dengan empat pilihan warna termasuk Black, White, Silver dan Coral Blue.