Motorola Moto G5 Plus

Febuari yang lalu Lenovo telah memperkenalkan beberapa siri smartphone dibawah jenama Motorola. Dua model pertengahan yang diperkenalkan ketika itu termasuk Motorola Moto G5 dan juga Moto G5 Plus. Kini model tersebut telah pun berada di pasaran tempatan yang dijual dengan harga RM1299 untuk model Moto G5 Plus. Untuk versi Moto G5 tidak dibawa masuk secara rasmi oleh Lenovo Malaysia buat masa ini.

Untuk harga RM1299, Moto G5 Plus menawarkan pakej lengkap bagi sebuah peranti kelas pertengahan. Malah, Lenovo Malaysia juga memberikan tawaran jaminan tambahan selama dua tahun yang tidak terdapat seperti kebanyakan smartphone lain dengan jaminan satu tahun sahaja.

Moto G5 Plus, Rekaan Logam Dalam Warna Emas & Kelabu

Jika dilihat sejarah siri Moto G, kebanykan modelnya hadir dengan rekaan plastik yang seolah-olah sebuah smartphone murah. Namun tidak bagi model baru ini yang hadir dengan rekaan serba baru lengkap dengan penutup logam di bahagian belakangnya. Ia kelihatan lebih premium dan elegan dengan dua pilihan warna emas dan kelabu.

Review Motorola Moto G5 Plus Malaysia Review Motorola Moto G5 Plus Malaysia Review Motorola Moto G5 Plus Malaysia
Rekaan Elegan Pada Motorola Moto G5 Plus

Dibahagian hadapannya juga begitu kemas dengan skrin IPS 5.2 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p. Terdapat juga pengimbas cap jari di bahagian bawah dan logo Moto jelas kelihatan dibahagia atasnya. Tiada USB Type-C untuk peranti ini dan hanya menggunakan port microUSB 2.0 untuk pengecasan dan juga pindahan data. Seperti biasa dibahagian sisi kanan terdapat butang kuasa dan dua butang kawalan pembesar suara.

Moto G5 Plus Dengan Snapdragon 625, 4GB RAM, 32GB Memori

Di bahagian dalamnya, Moto G5 Plus membawakan pemproses Snapdragon 625 dengan CPU 8-Teras 2.0 Ghz. Ianya juga dibantu oleh cip grafik Adreno 506 untuk persembahan grafik yang lebih baik pada aplikasi permainan. Prestasinya tidak perlu disangkal lagi dengan cpu berkuasa tersebut malah smartphone dengan harga lebih mahal seperti Oppo R9s dan Asus Zenfone 3 juga menggunakan pemproses yang sama.

Tambahan pula peranti ini juga hadir dengan 4 GB RAM dan 32 GB ruang memori untuk pasaran Malaysia. Sekiranya perlukan kapasiti memori yang lebih besar sudah tentu slot microSD juga disediakan yang boleh dimuat sehinggs 256GB. Peranti yang tersedia dipasang dengan Android 7.0 Nougat ini juga menawarkan bateri 3000 mAh dengan teknologi pengecasan pantas.

Harga Motorola Moto G5 Plus Malaysia Harga Motorola Moto G5 Plus Malaysia
Promosi Terbaru Moto G5 Plus Melalui Lazada Malaysia

Kamera 12 Megapixel, F1.7 Dengan Rakaman Video 4K

Motorola Moto G5 Plus hadir dengan sistem kamera yang lengkap dan terbaik bagi sebuah model pertengahan. Walaupun hadir dengan sensor 12 Megapixel, peranti ini memiliki bukaan Aperture yang besar iaitu F1.7 yang sangat baik untuk fotografi walau pun dalam keadaan gelap. Malah, kamera utamanya berkemampuan mengambil video dalam resolusi 4K atau 2160P.

Bagi yang gemar berselfie, Motorola menyediakan lensa 5 Megapixel, F2.2 untuk tujuan tersebut. Pelbagai mod untuk selfie juga disediakan bagi menghasilkan gambar selfie yang menarik seperti mod beautification dan juga mod professional.

Harga Moto G5 Plus Di Malaysia Serendah RM1299

Bagi sebuah smartphone pertengahan yang menawarkan pakej lengkap, RM1299 bukanlah harga yang tinggi. Malah, ianya masih berbaloi untuk dimiliki. Tambahan pula peranti ini berkemungkinan besar akan menerima kemaskini Android terbaru pada masa akan datang. Mungkin kita akan lihat Android O dijalankan pada peranti ini satu masa nanti.

Motorola Moto G5 Plus telah pun berada di pasaran tempatan yang boleh didapati di Lazada Malaysia mulai 5 Jun ini. Seperti yang telah disebut, Harga Moto G5 Plus di Malaysia ialah RM1299. Setiap pembelian melalui Lazada akan nenerima Moto Flip Case percuma bernilai RM 99 dan Extended Warranty selama dua tahun.