Moto Z2 Play Malaysia

Pelbagai khabar berita mengenai peranti dari Mororola yang tertiris sebelum ini dimana mereka dijangka akan memperkenalkan sehingga 9 peranti pada tahun ini. Ia terdiri daripada pelbagai variasi model mampu milik hinggalah ke model premium. Bercakap mengenai smartphone premium, Motorola Moto Z2 Play baru sahaja dilancarkan yang menyokong aksesori modular, Moto Mods.

Reka bentuknya menyerupai model terdahulu, Moto Z Play yang telah dipasaran Malaysia dengan harga RM1799. Namun model baru ini bawakan rekaan yang sangat nipis iaitu 6mm bagi memberi ruang kepada aksesori modular yang boleh diletakan di bahagian belakangnya. Ianya juga masih lagi mengekalkan paparan 5.5 inci Super AMOLED dengan resolusi HD Penuh 1080P.

Untuk prestasinya tidak banyak perubahan berbanding model sebelum ini. Moto Z2 Play hadir dengan CPU Qualcomm MSM8953-Pro Snapdragon 625 Octa Core 2.2 Ghz dengan pilihan memori  32GB/3GB RAM dan 64GB/4GB RAM. Slot microSD juga disediakan untuk peranti premium ini.

Moto Z2 Play Malaysia

Lensa utamanya menggunakan sensor 12 Megapixel dengan bukaan Aperture F1.7, sokongan Dual-Pixel Autofokus, Dual-LED Flash serta sokongan rakaman video 4K. Untuk lensa selfie menggunakan kamera 5 Megapixel, F2.0 yang juga terdapat Dual-LED Flash di bahagian hadapan.

Sempena pelancaran Moto Z2 Play, ia turut didatangkan dengan aksesori Moto Mods yang baru termasuk JBL SoundBoost 2, Moto TurboPower Pack, Moto Style Shells dengan sokongan pengecas tanpa wayar dan Moto GamePad. Kesemuanya dijual dengan harga jualan dari USD40 (±RM170) hingga USD80 (±RM340).

Bagi harga Smartphone, Moto Z2 Play dijangka akan dipasarkan sekitar USD499 atau sekitar RM2099 di Malaysia. Tarikh jualannya masih lagi belum diketahui. Anda boleh semak di halaman Harga Motorola terkini di Malaysia untuk mengetahui harga Moto Z2 Play apabila ia telah berada di pasaran tempatan kelak.