Harga Honor 8 Pro Malaysia

Pada tahun lalu Honor telah memperkenalkan peranti pertengahn premium, Honor 8 yang telah dipasaran Malaysia dengan harga RM1699. Setahun telah berlalu kini versi Pro pula hadir ke pasaran tempatan membawakan paparan yang lebih besar serta spesifikasi yang telah ditambah baik.

Harga Honor 8 Pro di Malaysia ialah RM1999 yang boleh didapati bermula July 2017 dari pengedar rasmi Honor Malaysia. Sempena kehadiran Honor 8 Pro di pasaran tempatan juga, Honor turut menawarkan potongan RM300 lebih murah untuk Honor 8 menjadikan harga rasmi RM1399.

Honor 8 Pro, Smartphone Dengan Skrin 5.7″ Quad-HD, Dual-Kamera 12 Megapixel

Perbezaan utama model Pro dan yang asal ialah skrinnya yang lebih besar pada Honor 8 Pro iaitu 5.7 inci dengan resolusi Quad-HD memberikan skrin dengn ketumpatan yang amat tinggi iaitu sekitar 515 ppi. Rekaannya tidak banyak berubah serta pilihan warna yang masih sama iaitu Pearl White, Midnight Black serta Navy Blue.

Harga Honor 8 Pro Malaysia

Namun di bahagian dalamnya, Honor telah membawakan cipset yang lebih baik iaitu Kirin 960 dengan CPU 8-Teras dan juga cip grafik Mali-G71 MP8. Peranti bersaiz besar ini juga hadir 64 GB ruang memori serta 6 GB RAM untuk pasaran Malaysia.

Bagi fungsi fotografi, Honor 8 Pro mengekalkan lensa yang terdapat pada Honor 8 dengan aturan dual kamera 12 Megapixel dibahagian belakang. Kameranya juga hadir dengan Aperture F2.2, Laser Autofokus, Dual-LED Flash serta rakaman video 4K. Lensa selfie-nya menggunakan sensor 8 Megapixel. Untuk spesifikasi lanjut Honor 8 Pro seperti di bawah :-

  • Paparan sebesar 5.7 inci dengan resolusi Quad-HD 1440p.
  • Kamera Dual 12 Megapixel, F2.2, PDAF, Dual Flash.
  • 8 Megapixel F2.0 kamera selfie.
  • Pemproses HiSilicon Kirin 960, Octa-Core CPU.
  • Memori dalaman 64 GB dan 6 GB RAM.
  • Smartphone dengan Android 7.0 (Nougat).
  • Kualiti audio tinggi dengan DTS sound.
  • Bateri Li-Po 4000 mAh dengan pengecasan pantas.
  • Sokongan Dual-SIM dan rangkaian 4G LTE-A.
  • Rekaan logam dengan pilihan warna Pearl White, Midnight Black, Navy Blue.
  • Harga Honor 8 Pro di Malaysia ialah RM1999.
  • Jualan Honor 8 Pro bermula pertengahan July 2017.
Harga Honor 8 Pro Malaysia Harga Honor 8 Pro Malaysia
Harga Honor 8 Pro Malaysia Harga Honor 8 Pro Malaysia
Antara Fungsi Menarik Pada Honor 8 Pro

Honor 8 Pro amat sesuai bagi pengguna yang inginkan smartphone dengan skrin besar, prestasi yang cermerlang, skrin yang berkualiti disamping kualiti kamera yang mengkagumkan. Tambahan pula, Honor 8 Pro hanya berharga RM1999 jauh lebih murah berbanding peranti perdana yang lain.

Harga Honor 8 Pro di Malaysia RM1999, Tarikh Jualan Bermula July 2017

Seperti yang telah dinyatakan, Harga Honor 8 Pro di Malaysia ialah RM1999 untuk model 64GB memori dan 6GB RAM. Ianya boleh didapati bermula pertengahan July 2017 dari pengedar rasmi atau melalui Lazada Malaysia. Untuk harga sekitar RM1999, pesaing terdekat Honor 8 Pro adalah seperti HTC U Play (RM1899), Oppo R9s (RM1798) dan Samsung Galaxy C9 Pro (RM2299).

Honor 8 Pro boleh didapati dari kedai rasmi Huawei di Lazada Malaysia. Untuk senarai harga peranti Huawei dan Honor yang lain boleh layari laman Harga Huawei Malaysia.