Harga Xiaomi Mi 6 Dan Mi Max 2 Di Malaysia

Dua model smartphone Xiaomi yang dinantikan di Malaysia akhirnya telah tiba di pasaran tempatan. Xiaomi Mi 6 dan Xiaomi Mi Max 2 akan mula dipasaran pada 31 Julai ini yang boleh ditempah melalui laman rasmi Mi Malaysia atau pun Lazada Malaysia bermula tarikh tersebut.

Harga Xiaomi Mi 6 di Malaysia dijual dengan harga RM1899 untuk model 64GB dan 6GB RAM. Manakala bagi phablet 6.4 inci, Xiaomi Mi Max 2 pula dijual dengan harga RM1199 yang hadir dengan pakej 64 GB dan 4 GB RAM.

Xiaomi Mi 6

Sedikit mengenai spesifikasi Xiaomi Mi 6 yang merupakan smartphone premium termurah yang menggunakan cipset Snapdragon 835. Ia juga hadir dengan 64GB ruang memori, 6 GB RAM, Li-Po 3350 mAh bateri, pengimbas cap jari di bahagian hadapan serta port USB Type C.

Harga Xiaomi Mi 6 Di Malaysia

Untuk paparannya pula, Ia dipadankan dengan skrin sebesar 5.15 inci pada resolusi HD 1080P. Smartphone dengan Android 7.1.1 Nougat ini juga memiliki dual kamera 12 Megapixel di bahagian belakangnya dengan sistem OIS, PDAF, serta aperture F1.8 dan F2.6 yang membolehkan 2X optical Zoom. Di bahagian hadapan pula tertera kamera 8 Megapixel untuk selfie.

Xiaomi Mi Max 2

Bagi yang inginkan smartphone yang lebih besar, Xiaomi Mi Max 2 amat sesuai untuk anda. Ia membawakan skrin hadapan sebesar 6.44 inci HD 1080P beserta cip pertengahan Snapdragon 625, 4 GB RAM dan 64 GB memori dalaman. Ciri-ciri lain yang hadir termasuk bateri 5300 mAh yang besar, USB Type-C, Dual-SIM dengan sambungan LTE serta pengimbas cap jari.

Harga Xiaomi Mi Max 2 Di Malaysia

Untuk kamera, Mi Max 2 bawakan aturan lensa tunggal di bahagian belakang dengan sensor 12 Megapixel, F2.2, PDAF dan Dual LED Flash. Kamera utamanya juga mampu merakam video dalam resolusi 4K. Untuk lensa hadapan, peranti ini hadir dengan sensor 5 Megapixel dan Aperture F2.0.