Kemaskini Android 7.1.1 Nougat Nokia 3

Tiga model smartphone Nokia baru sahaja hadir dipasaran tempatan. Salah satu daripadanya adalah Nokia 3 yang merupakan model mampu milik yang dijual dengan harga RM599. Peranti ini sedia dipasang dengan platform Android Nougat versi 7.0.

Seperti yang dijanjikan Nokia untuk berikan kemaskini platform Android dan keselamatan selama dua tahun untuk peranti keluarannya, maka Nokia 3 bakal menerima kemaskini Android 7.1.1 Nougat pada penghujung Ogos ini. Ianya telah disahkan oleh orang kuat Nokia sendiri iaitu Juho Sarvikas yang merupakan ketua pegawai produk di HMD Global.

Menurut Juho lagi, kemaskini ini merupakan keluaran global dan akan diterima di setiap negara apabili ia telah diluluskan. Jadi, ini mungkin berita baik untuk pengguna Nokia 3 di Malaysia.

Update Android 7.1.1 Nougat Nokia 3

Sedikit mengenai spesifikasi Nokia 3 yang hadir dengan skrin HD 5.0 inci, kamera 8 megapixel, cip Mediatek MT6737, 2 GB RAM dan 16 GB memori dalaman. Peranti ini telah berada di pasaran tempatan bermula July 2017 dan Harga Nokia 3 di Malaysia bermula dari RM599 untuk model 16 GB.