Harga Nokia 6 di Malaysia

Sejak kemunculan semula Nokia, mereka dilihat cuba bergerak sepantas mungkin bagi mengukuhkan semula jenamanya. Pada tahun ini, mereka telah lancarkan tiga smartphone iaitu Nokia 3, Nokia 5 dan juga Nokia 6. Tidak lupa juga pada sebuah peranti lagenda Nokia 3310 versi 2017 yang kini dengan skrin bewarna.

Antara ketiga-tiga smartphone tersebut Nokia 6 adalah model terbaik dari Nokia di pasaran buat masa ini. Di Malaysia, smartphone ini telah berada dipasaran dengan harga RM999. Untuk smartphone dibawah RM1000, harga yang ditawarkan agak berbaloi dengan pakej yang disediakan. Cuma peranti dari Finland ini dilihat menggunakan pemproses Snapdragon 430 yang agak rendah bagi sebuah peranti pertengahan. Mungkin cip Snapdragon dari siri 600 akan memiliki prestasi yang lebih baik untuk peranti pertengahan ini.

Selebihnya, Nokia 6 tawarkan sebuah pakej lengkap dengan harga yang berbaloi dan mampu milik. Selain menggunakan cip Snapdragon 430, Nokia 6 juga dipadankan dengan 4GB RAM dan 64 GB memori untuk pasaran Malaysia. Slot microSD juga boleh digunakan melalui slot SIM yang ke-2. Ia juga hadir dengan bateri 3000 mAh, Android 7.1.1 Nougat, Pengimbas cap jari dibahagian hadapan, Speaker dengan teknologi Dolby Atmos dan sebagainya.

Spesifikasi Nokia 6 Dengan Skrin 5.5 FHD, Kamera 16 Megapixel & Snapdragon 430

Di bahagian hadapanya, Nokia 6 hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD Penuh 1080p. Nokia turut bawakan lapisan Corning Gorilla Glass untuk berikan lebih ketahanan untuk model terbaik ini. Terdapat tiga pilihan warna untuk peranti ini iaitu Arte Black, Matte Black, Tempered Blue, Silver dan Copper. Kerangka belakangnya diperbuat dari logam untuk mengekalkan rekaan yang lebih premium.

Harga Nokia 6 di Malaysia

Fungsi kamera menjadi keutamaan untuk model ini. Ia dilengkapi dengan lensa utama 16 Megapixel dengan Aperture F2.0, PDAF, Dual-LED Flash serta rakaman video HD Penuh. Untuk selfie, anda boleh gunakan kamera 8 megapixel yang terdapat di bahagian hadapannya. Spesifikasi Nokia 6 sepenuhnya seperti di bawah :-

  • Paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 1080P.
  • Kamera 16 Megapixel, F2.0, PDAF, Dual Flash.
  • 8 Megapixel kamera selfie.
  • Pemproses Snapdragon 430, Octa-Core 1.4 GHz.
  • Memori dalaman 64 GB dan 4 GB RAM.
  • Smartphone dengan Android 7.1.1 (Nougat).
  • Kualiti audio tinggi dengan Dolby Atmos.
  • Kapasiti bateri Li-Ion 3000 mAh dengan pengecasan pantas.
  • Sokongan Dual-SIM dan rangkaian 4G LTE.
  • Rekaan logam dengan pilihan warna Arte Black, Matte Black, Tempered Blue, Silver, Copper.
  • Harga Nokia 6 di Malaysia ialah RM999.
  • Jualan di Malaysia bermula July 2017.

Antara kelebihan smartphone keluaran Nokia ialah menerima Android tulen terkini tanpa sebarang lambakan aplikasi tambahan. Ianya untuk memastikan smartphone Nokia lebih mudah untuk dikemaskini untuk sistem keselamatan yang baik dan fungsi yang terbaru.

Harga Nokia 6 Di Malaysia Ialah RM999 Untuk Model 64GB

Nokia 6 telah pun berada di pasaran tempatan bermula penghujung July 2017. Harga Nokia 6 di Malaysia ialah RM999 untuk model 64 GB dan 4 GB RAM. Persaing terdekat Nokia 6 yang memegang tanda harga yang hampir sama seperti Asus Zenfone 3 Laser (RM999), Oppo A57 (RM1098), Motorola Moto M (RM1199) dan tidak lupa juga pada model baru Samsung Galaxy J7 Pro (RM1299).