Wiko Upulse Malaysia

Pada bulan March yang lalu jenama smartphone dari Perancis Wiko Mobile telah memperkenalkan dua model terbaru Wiko Upulse dan juga Upulse Lite di MWC 2017 yang berlansung di Barcelona. Kedua-duanya merupakan model kesinambungan kepada siri Ufeel dan Ufeel Lite yang dilancarkan pada tahun lepas.

Kini Smartphone Mid-Range ini telah pun berada di pasaran Malaysia yang dijual pada harga RM799 untuk model Wiko Upulse manakala bagi model Upulse Lite masih belum diketahui sama ada dibawa masuk ke pasaran tempatan atau pun tidak. Peranti ini amat bersesuaian kepada pengguna yang inginkan sebuah smartphone dengan rekaan gaya urban dengan spesifikasi pertengahan pada harga yang jauh lebih berpatutan berbanding pesaingnya.

Wiko Upulse Malaysia Wiko Upulse Malaysia Wiko Upulse Malaysia
Wiko Upulse Dengan Rekaan Logam Bewarna Hitam

Mengenai reka bentuknya, Ia hadir dengan kerangka lengkung di setiap bucunya serta penutup aluminium berwarna hitam yang bergaya di belakangnya. Seperti biasa, bahagian sisinya terdapat butang On/Off serta kawalan suara manakala bahagian bawah dan atas masing-masing terdapat port pengecasan dan port Headphone Jack. Untuk rekaan yang lebih premium, Wiko Upulse membawakan paparan dengan lapisan kaca lengkung 2.5D sebesar 5.5 inci dan beresolusi HD 720P. Walaupun tidak menggunakan skrin HD1080P, paparannya hadir dengan tahap kecerahan sehingga 500 nits yang cukup terang digunakan walaupun dibawah cahaya matahari.

Wiko Upulse Dengan Lensa Utama 13 Megapixel Serta Pakej Fotografi Yang Lengkap

Kelebihan utama pada peranti ini sudah tentu pada sistem kameranya dimana ia hadir dengan kamera utama 13 Megapixel, Aperture F2.0, LED Flash serta pelbagai mod fotografi termasuk HDR, Panorama, Face Beauty dan sebagainya. Kamera selfienya pula hadir dengan lensa 8 Megapixel, F2.0 yang turut hadir dengan Selfie Flash untuk gambar yang lebih baik ketika suasana kekurangan cahaya.

Wiko Upulse Malaysia Wiko Upulse Malaysia Wiko Upulse Malaysia Wiko Upulse Malaysia
Aplikasi Kamera Yang Kemas Dan Mudah Digunakan

Antaramuka kamera juga amat mudah digunakan dengan Aturan dan Mod Fotografi yang tersusun kemas. Terdapat juga fungsi Foto Filter bagi menghasilkan gambar yang lebih unik dan kreatif dengan menggunakan kesan filter seperti FishEye, Focus, Sephia dan sebagainya.

Wiko Upulse Dengan CPU Quad-Core, 3 GB RAM Dan 32 GB ROM

Untuk prestasi, peranti ini boleh dikatakan agak baik dan setanding dengan harganya. Didalamnya, ia membawakan pemproses Quad-Core 1.3 GHz beserta keupayaan grafik GPU Mali T720. Ia juga dipadankan dengan sistem memori sebesar 3GB RAM untuk fungsi multitasking yang lebih baik serta memori dalaman berkapasiti 32 GB. Masih tidak cukup? Slot microSD sentiasa boleh digunakan untuk menampung memori dalaman.

Wiko Upulse juga hadir dengan penggunaan bateri yang meyakinkan. Ia dibekalkan dengan bateri Li-Po 3000 mAh dengan jangka hayat waktu sedia sehingga 232 jam dan waktu berbual sehingga 12 jam. Fungsi lain yang terdapat pada smartphone ini termasuk pengimbas cap jari yang terletak di bahagian belakangnya, sokongan dua micro SIM dengan sambungan internet pantas 4G LTE, FM Radio, Wifi, GPS dan sebagainya.

Wiko Upulse Malaysia Wiko Upulse Malaysia Wiko Upulse Malaysia Wiko Upulse Malaysia
Wiko Upulse Malaysia Wiko Upulse Malaysia Wiko Upulse Malaysia Wiko Upulse Malaysia
Wiko UI Yang Lebih Kemas Dengan Pelbagai Fungsi Dan Aplikasi Eksklusif

Lebih menarik lagi, Wiko Upulse sedia dipasang dengan platform terkini Android 7.0 Nougat dengan sentuhan Wiko UI untuk antaramuka yang lebih kemas, cantik dan mesra pengguna. Wiko juga membawakan beberpa aplikasi dan fungsi eklusif untuk peranti premium ini. Antaranya seperti fungsi Quick Action yang membenarkan anda mencapai aplikasi atau fungsi dengan pantas hanya dengan menggunakan cap jari yang berbeza.

Selain itu, fungsi Smart Gesture juga membenarkan anda mencapai aplikasi dengan lebih pantas. Anda hanya perlu setkan gerak isyarat sentuhan untuk setiap aplikasi yang ingin digunakan. Fungsi Multi-Windows juga boleh digunakan pada smartphone ini memandangkan ia menggunakan platform terkini Android Nougat. Antara Aplikasi Eksklusif lain termasuk Phone Assist, Apps And Files lock, Smart screenshot dan One Handed mode.

Harga Wiko Upulse Di Malaysia Serendah RM799

Wiko Upluse kini telah pun berada di pasaran tempatan. Harga Wiko Upluse di Malaysia serendah RM799 yang boleh didapati dalam warna hitam dengan pakej 32GB/3GB RAM. Ianya boleh didapati dari pengedar rasmi Wiko atau kedai-kedai atas talian seperti Lazada Malaysia dan sebaginya.

Wiko Harry Malaysia Wiko Harry Malaysia
Unboxing – Apa Yang Terdapat Didalam Kotak

Setiap pembelian Wiko Upulse akan menerima pakej lengkap termasuk AC Adapter, kabel USB, Headset, Screen Protector dan juga TPU Case.

Untuk maklumat lanjut mengenai Wiko Uplulse boleh layari laman web rasmi Wiko Malaysia atau ke Facebook Wiko Malaysia.