LG Q6

LG baru sahaja melancarkan sebuah peranti pertengahan yang dikenali sebagai LG Q6. Ia meupakan peranti yang menyerupai smartphone premium LG G6 yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu namun dengan spesifikasi yang lebih rendah untuk harga yang lebih mampu milik. Malah beberapa ciri premium yang terdapat pada model premium itu turut hadir pada LG Q6 seperti paparan FullVision FHD+ 1080 x 2160 pixels yang memaparkan skrin yang lebih memanjang pada aspect ratio 2 : 1 dengan bezel atas dan bawah yang lebih nipis.

Reka bentuk LG Q6 juga sangat sinonim dengan LG G6 namun di bahagian belakngnya hanya terdapat lensa tunggal. Pengimbas cap jari juga tidak terdapat dibahagian belakang ataupun depan namun ia menggunakan pengimbas pengenalan muka sebagai pengganti kepada sistem keselamatan peranti.

LG Q6

Seperti yang dinyatakan, peranti pertengahan ini hadir dengan skrin sebesar 5.5 inci dengan resolusi FHD+ 1080 x 2160 pixels. LG membawakan tiga variasi untuk model ini iaitu LG Q6α, LG Q6, LG Q6+ yang hanya berbeza dari segi ruang memori dan juga kapasiti bateri. Konfigurasi memori untuk model Q6 seperti di bawah :-

  • LG Q6α – 2GB RAM / 16GB ROM
  • LG Q6 – 3GB RAM / 32GB ROM
  • LG Q6+ – 4GB RAM / 64GB ROM

Di bahagian dalam, ketiga-tiga model ini dikuasai oleh pemproses Snapdragon 435 dengan keupayaan CPU Octa-Core dan GPU Adreno 505. Ianya juga hadir dengan lensa utama 16 Megapixel dan 5 Megapixel lensa selfie di bahagian hadapan. Peranti yang tersedia dengan Android 7.1.1 Nougat ini juga memiliki kapasiti bateri sebesar 3000mAh.

Buat masa ini masih belum ada maklumat rasmi untuk harga dan tarikh jualan untuk LG Q6. Namun LG mengesahkan bahawa ia akan mula dijual pada bulan Ogos di Eropah, Amerika Latin, Amerika Utara dan juga Asia. Kemungkinan besar LG Q6 juga akan hadir ke pasaran Malaysia. Untuk harga rasmi LG Q6 di Malaysia boleh menyemak di halaman Harga LG terkini apabila ia telah berada di pasaran tempatan kelak.

Tags