Samsung Galaxy Note8

Sepertimana yang kita telah tahu Samsung akan melancarkan model phablet premium Samsung Galaxy Note8 pada 23 Ogos ini di New York. Masih lagi berbaki tiga minggu ini akhirnya spesifikasi dan gambar Galaxy Note8 telah tertiris sepenuhnya di internet. Ianya dikeluarkan oleh Evan Blass melalui laman VentureBeat.com.

Menurut sumber, peranti dengan Stylus ini akan hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 6.3 inci dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2960 pixel dengan aspect ratio 18.5:9 sepertimana yang terdapat Samsung Galaxy S8 untuk skrin yang lebih memanjang. 

Peranti dengan pengiktirafan IP68 ini juga dilekapi dengan cip Exynos 8895 untuk pasaran Global termasuk Malaysia manakala untuk pasaran USA akan menerima cip Snapdragon 835. Ia juga akan hadir dengan 6 GB RAM beserta 64GB memori dalaman serta sokongan slot mictoSD.

Samsung Galaxy Note8

Untuk kamera, Samsung Galaxy Note8 bakal dilengkapi dengan dua 12 Megapixel kamera utama di bahagian belakang dengan lensa wide-angle F1.7 dan telephoto F2.4 yang membolehkan ia membuat 2X optical Zoom. Kedua-dua lensa tersebut memiliki penstabikan imej optikal OIS. Untuk kamera selfie pula, Note8 akan menggunakan 8 Megapixel F1.7.

Samsung Galaxy Note8 juga memiliki kapasiti bateri 3300 mAh dengan fungsi pengecasan pantas yang boleh dicas melalui USB Type-C dan juga pengecas tanpa wayar. Ia juga akan hadir dengan pilihan warna Midnight Black, Maple Gold, Orchid Grey dan Deep Sea Blue.

Untuk harganya, Samsung Galaxy Note8 dijangka dijual sekitar €1000 di Eropah dan mula di pasaran tersebut pada bulan September. Untuk pasaran tempatan, kami mengjangkakan harga Samsung Galaxy Note8 melebihi model perdana Samsung Galaxy S8 Plus (RM3600) memandangkan spesifikasinya yang lebih baik. Kelebihan Galaxy Note8 berbanding Galaxy S8 Plus termasuk dilengkapi dengan Stylus, aturan Dual-Kamera, 6GB RAM serta skrin 0.1 inci lebih besar. Jangkaan kami untuk harga Samsung Galaxy Note8 di Malaysia adalah melebihi RM4000.