Harga Terkini Honor 6X Malaysia

Honor 6X merupakan salah satu model popular di Malaysia. Bukan sahaja hadir dengan spesifikasi yang mantap, model ini juga merupakan antara peranti dengan aturan dual kamera termurah di pasaran. Honor 6X telah memasuki pasaran Malaysia Febuari lalu dengan harga jualan RM1399 untuk model 64GB.

Setelah lima bulan di pasaran Malaysia, Honor telah mengumumkan pemotongan harga untuk model ini yang kini dijual dengan harha rasmi RM1199 untuk model yang sama dengan penjimatan sebanyak RM200. Harga terbaru untuk model ini akan berkuatkuasa bermula 1 Ogos 2017.

Mengenai spesifikasi Honor 6X, ia merupakan peranti dengan 5.5 inci skrin dengan resolusi HD 1080P. Peranti yang telah dinaik taraf kepada Android 7.0 Nougat ini juga hadir dengan cip buatan Huawei, Kirin 655 dengan kombinasi memori 64GB dan 4 GB RAM. Ia juga menyokong slot microSD sehingga 256GB dan kapasiti bateri sebesar 3340mAh.

Harga Terkini Honor 6X Malaysia

Seperti dianyatakan, peranti ini hadir dengan dual lensa 12 Megapixel dan 2 Megapixel di bahagian brlakangmya. Ianya juga dilengkapi dengan fungsi PDAF, HDR, Panorama dan perakam video HD1080p. Lensa selfie-nya pula dengan kamera 8 Megapixel.

Honor 6X boleh didapati dari pengedar rasmi Huawei Malaysia atau dapati dari kedai rasmi Huawei di Lazada Malaysia dengan harga RM1199. Untuk melihat harga terkini smartphone Huawei dan Honor yang lain, boleh layari halaman Senarai Harga Huawei Malaysia.