Harga Terkini Xiaomi Redmi 4A Malaysia

Bagi yang sedang mencari smartphone mampu milik, Xiaomi baru sahaja membuat potongan harga pada model mampu miliknya, Xiaomi Redmi 4A.

Sebelum ini model ini dijual dengan harga RM509 untuk model 32GB / 2GB RAM yang mula di pasaran tempatan pada March 2017 yang lalu. Kini, Harga Xiaomi Redmi 4A di Malaysia telah dikurangkan kepada RM469 untuk model yang sama memberikan penjimatan sebanyak RM40.

Sedikit mengenai peranti mampu milik ini, Xiaomi Redmi 4A hadir dengan skrin 5.0 inci dengan resolusi HD720p. Didalamnya turut tersedia dengan pemproses Snapdragon 425, 2GB RAM, 32GB memori dengan slot tambahan microSD, 13 Megapixel kamera utama, 5 Megapixel lensa selfie dan bateri Li Ion 3120mAh.

Bagi yang berminat untuk dapatkan peranti ini sudah tentu boleh dapatkannya melalui kedai rasmi Xiaomi Malaysia di Lazada Malaysia dengan harga baru tersebut. Untuk maklumat harga smartphone Xiaomi yang lain, layari halaman Senarai Harga Terkini Xiaomi Malaysia.