[AdsLink]Google hari ini telah mengumumkan secara rasmi versi Android terkini iaitu Android 8.0 Oreo. Sebelum ini, Android O diumumkan pada acara Google I/O pada May yang lalu dan versi beta dikeluarkan untuk smartphone Nexus dan Pixel. Kini Android O yang dikenali sebagi Android Oreo sudah tersedia kepada umum.
Android 8.0 Oreo akan hadir dengan beberapa perkara baru seperti fungsi Picture-in-Picture, keselamatan aplikasi melalui Google Play Protect, penggunaan bateri yang lebih jimat serta masa boot yang lebih pantas. Menurut Google, selain smartphone Nexus dan Pixel, pengeluar-pengeluar telefon pintar seperti Nokia, Huawei, HTC, Motorola, Samsung, Sony dan sebagainya akan turut menerima kemaskini Android 8.0 Oreo bermula penghujung tahun ini.
Adakah Smartphone Anda Terima Kemaskini Android 8.0 Oreo
Mengenai kemaskini Android 8.0 Oreo, Nokia telah mengesahkan bahawa keempat-empat smartphone miliknya termasuk Nokia 3, Nokia 5, Nokia 6 dan yang terbaru Nokia 8 akan dikemaskini ke Android 8.0 Oreo. [AdsPost]
Asus pula akan menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo melalui ZenUi versi ke-4 untuk semua model dari siri Asus Zenfone 3 dan juga Asus Zenfone 4 bermula pertenghan tahun hadapan.
Bagi smartphone keluaran Google pula, Google Pixel, Pixel XL, Nexus 6P, Nexus 5X, Pixel C dan Nexus Player juga akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo. Kemaskini telah boleh dibuat secara manual dengan memuat turun Factory Images di laman Google.
Hanya satu model BlackBerry yang akan menerima platform terbaru ini iaitu model BlackBerry KEYone. Manakala untuk OnePlus akan hadir pada tiga model miliknya iaitu OnePlus 3, OnePlus 3T dan juga model baru OnePlus 5.
Bagi Samsung pula, website SamMobile telah senaraikan beberapa model yang akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo. Namun masih lagi belum ada kata rasmi dari Samsung. Antara smartphone yang disenaraikan termasuk Samsung Galaxy S8, S8+, Note 8, S7, S7 edge, S7 Active, A7 (2017), A5 (2017), A3 (2017), J7 (2017), J5 (2017), Note FE, Tab S3, C9 Pro, C7 Pro dan J7 Prime.
HTC turut mengesahkan bahawa tiga model premium miliknya iaitu HTC U11, HTC U Ultra, dan HTC 10 juga akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo.
Bagi smartphone dari jenama yang lain masih lagi belum membuat kenyataan rasmi mengenai kemaskini Android 8.0 Oreo untuk peranti keluaran mereka.