LG V30

Sementara menuggu pelancaran Samsung Galaxy Note8 pada 23 Ogos ini, LG juga akan mengadakan satu majlis khas pasa 31 Ogos ini bagi melancarkan smartphone perdana LG V30 yang merupakan phablet bersaiz 6.0 inci. Smartphone tersebut dikatakan akan mengfokuskan pada sistem kamera untuk gambar dan video yang diambil lebih cantik, jelas dan berkualiti.

Tiada perkara yang rahsia lagi mengenai spesifikasi LG V30. Semuanya telah tertiris walau pun ianya bukanlah maklumat rasmi dari LG. LG V30 dikatakan hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.0 inci dengan resolusi Quad-HD+ 1440 x 2880 pixel dengan ratio 18:9. Paparannya juga menyokong kandungan HDR.

Di bahagian dalamnya, LG V30 akan menggunakan cip berkuasa Snapdragon 835 dengan pilihan 4 atau 6 GB RAM. Ruang memori juga tampil sebesar 64GB yang turut menyokong slot microSD.

Untuk kamera, LG juga menggunakan aturan dual-kamera untuk lensa belakang dengan dua sensor 13 Megapixel dan di jangka hadir dengan pelbagai fungsi termasuk OIS, PDAF dan sebagainya. Kamera hadapan pula dijangka hadir dengan 8 Megapixel.