Pelancaran Siri Asus Zenfone 4

Sebelum ini Asus telah melancarkan Asus Zenfone 4 Max yang merupakan peranti pertengahan dengan kapasiti bateri yang sangat besar iaitu 5000 mAh. Namun untuk model lain dari siri Asus Zenfone 4 masih lagi menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

Namun pada hari ini Asus dilihat mula membuat jemputan media untuk satu majlis khas yang akan berlangsung pada 17 Ogos ini. Agenda utamanya sudah tentulah pelancaran siri Asus Zenfone 4 yang selebihnya.

Bedasarkan poster yang dihantar kepada media, siri Asus Zenfone 4 akan memetingkan fungsi kamera dengan aturan Dual Sensor di bahagian belakangnya sepertimana yang terdapat pada Asus Zenfone 4 Max. Sebelum ini juga telah tertiris gambar dan spesifikasi awal ZenFone 4 Pro dengan cip Snapdragon 835, skrin Quad-HD dan aturan dual kamera. Model lain dari siri Zenfone 4 masih lagi belum diketahui. Kemungkinan menyamai siri Zenfone 3 dengan variasi Zoom, Laser, Ultra, Max dan sebagainya.