Harga Huawei Nova 2 Plus Malaysia

Huawei mula memperkenalkan siri baru Smartphone yang dikenali sebagai Huawei Nova pada tahun lepas. Ianya terdapat dua variasai dengan saiz skrin yang berbeza dan mengfokuskan pada pasaran pertengahan demgan fungsi kamera yang baik.

Untuk tahun ini merupakan generasi ke-2 untuk smartphone tersebut. Huawei Nova 2 Plus telah pun berada dipasaran tempatan dengan harga RM1999. Namun malangnya versi standard dengan skrin yang lebih kecil, Huawei Nova 2 tidak dibawa masuk secara rasmi.

Huawei Nova 2 Dengan Rekaan Logam Dan Bezel Skrin Yang Nipis

Seperti kebanyakan smartphone premium yang lain, Huawei Nova 2 Plus hadir demgan rekaan logam yang sangat menarik dengan pilihan warna 5 pilihan warna termasuk biru, hijau, emas, hitam dan juga rose gold. Rekaannya juga agak mirip dengan smartphone keluaran Apple dengan jalur antena band di bahagian atas dan bawah beserta rekaan yang lebih minimalistik.

Huawei Nova 2 Plus Malaysia

Di bahagian belakangnya juga terdapat pengimbas cap jari dan juga aturan dual kamera berserta logo Huawei tersergam indah di bahagian bawahnya. Di depannya, peranti ini hadir dengan skrin LTPS IPS sebesar 5.5 inci Full HD dengan bezel nipis di kiri dan kanan untuk memberikan lebih ruang pada gengaman yang lebih selesa.

Prestasi Maksimum Dengan Cip HiSilicon Kirin659 Dan 4GB RAM

Di dalamnya, Huawei membawakan cip buatan sendiri, HiSilicon Kirin 659 dengan kemampuan Octa-Core CPU, 4GB RAM serta memori dalaman yang cukup besar iaitu 128 GB. Sekiranya masih belum mencukupi, tersdapat slot microSD yang boleh diisi sehingga 256GB.

Peranti ini membawakan prestasi yang agak baik dengan CPU Octa-Core dan juga RAM yang cukup untuk menjalankan pelbagai aplikasi dan permainan dengan lancar. Tambahan pula, dengan sistem Android 7.0 Nougat dan juga EMUI 5.0 membantu kelancaran sistem denagn antaramuka yang lebih kemas dan cantik.

Spesifikasi Huawei Nova 2 Plus
Platform Android 7.0 (Nougat)
Pemproses HiSilicon Kirin 659,  Octa-Core CPU,  Mali-T830 MP2 GPU
Memori 128 GB Memori Dalaman, 4 GB RAM
Paparan LTPS IPS 5.5 inci, 1080 x 1920 pixels (FHD)
Kamera Utama
  • Dual 12 Megapixel (F1.8) + 8 Megapixel (F1.8)
  • LED Flash, PDAF, Rakaman Video HD 1080p
Kamera Depan 20 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Po 3340 mAh
  • Warna Aurora Blue, Grass Green, Streamer Gold, Obsidian Black, Rose Gold
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di bahagian belakang
  • Pengecasan Pantas
Harga Di Malaysia RM1999
Kelebihan
  • Smartphone dengan pemproses berkuasa HiSilicon Kirin 659 untuk prestasi yang lebih baik.
  • Jumlah RAM yang tinggi meningkatkan kepantasan dan fungsi multi-tasking yang lebih efektif.
  • Kapasiti memori yang besar sehingga 128GB  cukup menyimpan beratus file data, muzik, gambar, video dan sebagainya.
  • Rekaan premium dengan kerangka logam dengan pelbagai pilihan warna.
  • Sistem kamera yang lebih baik dengan fungsi Dual-Kamera serta kamera selfie yang beresolusi tinggi.
Kekurangan
  • Bateri Yang Tidak Boleh Ditukar.
  • Tiada Radio FM.
Dapatkan Huawei Nova 2 Plus Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Huawei Nova 2 Plus Dengan Dual-Kamera Dan Kamera Selfie 20MP

Penggunaan lensa Dual Kamera telah menjadi trademark kepada peranti Huawei. Ia bnyak digunakan dari smartphone mampu milik sepeeti Hono 6X hinggalah ke model perdana sepertimana terdapat pada Huawei P10. Bagi Huawei Nova 2 Plus pula, Huawei membawakan dua kamera dengan sensor 12 Megapixel dan 8 Megapixel di bahagian belakangnya. Lensa utamanya juga membawakan pelbagai fungsi menarik seperti PDAF, Panorama, HDR serta perakam video HD1080p.

Huawei Nova 2 Plus

Untuk selfie, Huwei Nova 2 Plus membawakan sensor dengan resolusi yang lebih tinggi iaitu 20 Megapixel untuk gambar selfie yang lebih jelas dan terperinci.

Harga Huawei Nova 2 Plus Di Malaysia RM1999

Di Malaysia, peranti ini telah pun berada di pasaran tempatan. Ianya dijual dengan harga RM1999 untuk model 128GB. Dengan harga tersebut, mungkin agak sukar Nova 2 Plus bersaing di pasaran tempatan. Tambahan pula kini pasaran smartphone telah dipenuh dengan model 5.5 inci dengan fungsi dual kamera dipasaran.

Harga Huawei Nova 2 Plus Malaysia

Bagi Huawei Nova 2 Plus, terdapat beberapa kelebihan yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk dimiliki antaranya seperti kapasiti memori yang cukup besar iaitu 128GB yang mungkin tidak terdapat pada peranti pertengahan dan model mampu milik yang lain. Nova 2 Plus juga menggunakan lensa dengan Aperture F1.8 pada kedua-dua lensa utamanya. Ini bermaksud bukaan cahaya lebih besar dan gambar akan lebih cantik walaupun dalam keadaan kekurangan cahaya.

Untuk harga yang hampir sama, pesaing terdekat kepada Huwei Nova 2 Plus seperti HTC U Play (RM1899), Samsung Galaxy A7 2017 (RM1899), Xiaomi Mi 6 (RM1899) dan juga rakannya Huawei Honor 8 Pro (RM1999).