Samsung Galaxy J7 Pro Malaysia

Smartphone dari siri Samsung Galaxy J sentiasa di nanti-natikan pengguna di Malaysia. Ia merupakan salah satu model Mid-Range yang popular di negara kita memandangkan harganya yang murah disamping mengekalkan rekaan yang bergaya dan spesifikasi yang baik.

Untuk tahun ini, Samsung Malaysia baru sahaja lancarkan siri Samsung Galaxy J untuk pasaran tempatan. Namun pada tahun ini ia dikenali sebagai Samsug Galaxy J7 Pro, Samsung Galaxy J5 Pro dan Samsung Galaxy J3 Pro. Harga Samsung Galaxy J7 Pro di Malaysia ialah RM1299 manakala J5 Pro dan J3 Pro masing-masing berharga RM1149 dan RM699. Namun pada ulasan kali ini akan mengfokuskan pada model Galaxy J7 Pro serta sedikit perbandingan dengan model Samsung Galaxy J7 2016.

Reka Bentuk Logam Unibody Dengan Warna Biru, Hitam, Emas Dan Merah Jambu

Untuk reka bentuk luaran, Samsung Galaxy J7 Pro meenampilkan konsep yang lebih berbeza berbandin siri yang terdahulu. Ia dilihat lebih premium untuk model kali ini dengan jalur antena di atas dan bawah serta ruang kamera yang lebih kemas dan tidak berbonggol. Jika untuk siri Galaxy J 2016 rekaannya hadir dengan penutup polycarbonate di bahagaian belakangnya. Namun untuk model Galaxy J7 Pro ini hadir dengan kerangka logam unibody. Untuk pasaran Malaysia, terdapat empat warna menarik yang boleh dipilih merangkumi warna biru, hitam, emas dan merah jambu.

Samsung Galaxy J7 Pro Malaysia

Di bahagian hadapannya, Galaxy J7 Pro hadir dengan skrin Super AMOLED bersaiz 5.5 inci dengan resolusi HD1080p serta menyokong fungsi Always-On Display. Untuk kelihatan lebih premium, peranti ini juga dilapisi glass 2.5D untuk skrin yang lebih melengkung.

Tidak seperti Galaxy J7 2016, Samsung Galaxy J7 Pro hadir dengan pengimbas cap jari di bahagian hadapannya yang berfungsi untuk membuka peranti dan juga fungsi keselamatan termasuk sokongan Samsung Pay.

Samsung Galaxy J7 Pro Dengan CPU Exynos 7870, 32GB Dan 3GB RAM

Di bahagian dalamnya, Samsung Galaxy J7 Pro hadir dengan pemproses Exynos 7870 dengan CPU Octa-Core 1.6Ghz. Agak mengecewakan apabila Samsung tidak mengemaskini cip yang lebih baru untuk model baru ini. Sebaliknya menggunakan pemproses yang sama pada Galaxy J7 2016. Namun untuk memorinya ia telah ditingkatkan kepada 32GB dan 3GB RAM serta menyokong slot microSD sehingga 256GB.

Samsung Galaxy J7 Pro Malaysia

Selain itu, Samsung Galaxy J7 Pro juga hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu Li-Ion 3600 mAh. Menurut Samsung, bateri pada telefon pintar ini mampu bertahan sehingga 59 jam untuk mainan Audio, sehingga 24 jam waktu berbual serta sehingga 15 jam waktu penggunaan internet menggunakan rangkaian 4G LTE.

Samsung Galaxy J7 Pro juga telah tersedia dipasang denagn platform terkini Android 7.1 Nougat dengan antaramuka khusus yang lebih mesra pengguna. Memandangkan ia merupakan model baru, kemungkinan besar peranti ini akan menerima kemaskini Android O. Namun buat masa ini masih lagi belum ada kata putus dari Samsung mengenai kemaskini Android O untuk model baru ini.

Sistem Kamera Terbaik Dengan 13 Megapixel, F1.7 dan Kamera Selfie 13 Megapixel, F1.9

Untuk kamera, Samsung telah membuat perubahan ketara untuk Galaxy J7 Pro ini. Walaupun masih lagi menggunkan kamera utama 13 Megapixel, namun ianya hadir dengan Aperture F1.7 yang lebih baik untuk mengambil gambar yang terang dan jelas walaupun dalam keaadan kurang cahaya. Malah kamera selfie juga menggunakan lensa 13 Megapixel dengan Aperture F1.9.

Samsung Galaxy J7 Pro Malaysia

Fungsi lain yang terdapat pada kameranya termasuk mod panorama dan HDR, rakaman video HD1080p dan juga LED Flash di bahagian hadapan dan belakang.

Untuk peranti ini juga, Samsung membawakan fungsi Social Camera dimana ia memudahkan anda berkongsi gambar yang diambil ke aplikasi sosial dengan lebih mudah. Ia juga membenarkan membuat suntingan pantas dengan pelbagai Filter, Sticker dan Effect. Untuk spesifikasi Samsung Galaxy J7 Pro serta perbandingan dengan model Galaxy J7 2016 seperti dibawah.

Samsung Galaxy J7 Pro (2017) Samsung Galaxy J7 (2016)
Platform Android 7.1 (Nougat) Android 5.0.1 (Lollipop)
Pemproses Exynos 7870 Octa Exynos 7870 Octa
CPU Octa-Core 1.6 GHz Octa-Core 1.6 GHz
Paparan
  • Skrin Super AMOLED 5.5 Inci
  • Resolusi 1080 x 1920 pixels
  • Sokongan Always-On Display
  • Skrin Super AMOLED 5.5 Inci
  • Resolusi 720 x 1280 pixels
Memori
  • 32GB / 3GB RAM
  • Sokongan microSD (256GB Max)
  • 16GB / 3GB RAM
  • Sokongan microSD (256GB Max)
Kamera
  • 13 Megapixel, F1.7 (Utama)
  • 13 Megapixel, F1.9 (Selfie)
  • FHD Recorder, HDR
  • 13 Megapixel, F1.9 (Utama)
  • 5 Megapixel, F1.9(Selfie)
  • FHD Recorder, HDR
Rangkaian GPRS, EDGE, HSPA, LTE-A GPRS, EDGE, HSPA, LTE
Bateri Li-Ion 3600 mAh Li-Ion 3300 mAh
Ciri-Ciri
  • Warna Black, Gold, Blue, Pink
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari (Hadapan)
  • Warna White, Black, Gold, Rose Gold
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC
  • Sokongan Dual-SIM
Harga Di Malaysia RM1299 RM999

Harga Samsung Galaxy J7 Pro di Malaysia RM1299, Jualan Bermula 14 July 2017

Samsung Galaxy J7 Pro telah pun berada dipasaran tempatan. Harga Samsung Galaxy J7 Pro di Malaysia ialah RM1299 untuk model 32GB. Ia boleh didapati bermula pertenghan July 2017 melalui pengedar rasmi Samsung serta kedai rasmi Samsung Mobile di Lazada Malaysia.

Harga Samsung Galaxy J7 Pro Malaysia

Untuk harga sekitar RM1299 Samsung Galaxy J7 Pro merupakan salah satu model yang berbaloi dimiliki. Bagi harga yang hampir sama, telefon pintar ini akan berikan saingan kepada model  pertengahan yang lain termasuk Oppo A77 (RM1298), Honor 6X (RM1199), Sony Xperia XA1 (RM1199), Huawe P10 Lite (RM1299) dan juga Motorola Moto M (RM1199).

Setiap pembelian Samsung Galaxy J7 Pro akan menerina 1 tahun jaminan untuk perlindungan skrin berserta 1 tahun jaminan tambahan. Namun tawaran ini hanya terhad sehingga  30 September 2017 sahaja.