Harga Xiaomi Mi 6 Malaysia

Ramai yang ingin gunakan smartphone kelas perdana atau High-End, namun kekangan utama yang dihadapi sudah tentulah pada harga jualannya yang agak tinggi. Kebanyakan harga smartphone High-End melebihi RM3000 sepertimana yang terdapat pada Samsung Galaxy S8, LG G6, HTC U11 dan Sony Xperia XZ Premium.

Namun tidak bagi Xiaomi, mereka cuba bawakan peranti High-End untuk harga yang lebih mampu milik. Bagi kami, Xiaomi antara salah satu pengeluar telefon pintar dari China yang paling berjaya. Mereka berjaya bersaing dengan jenama-jenama terkemuka yang lain dalam masa yang singkat dengan menghasilkan produk berkualiti pada harga jauh lebih murah.

Terbaru di Malaysia, mereka baru sahaja melancarkan dua model smartphone iaitu Xiaomi Mi 6 dengan harga jualan RM1899 dan juga Xiaomi Mi Max 2 dengan harga RM1199. Menariknya mengenai Xiaomi Mi 6 ini ialah merupakan smartphone termurah di pasaran yang menggunakan cip berkuasa, Snapdragon 835. Untuk maklumat anda senarai smartphone yang kami senaraikan diatas juga menggunakan cip yang sama namun pada harga yang melebihi RM3000.

Adakah Xiaomi Mi 6 Setanding Dengan Model-Model Perdana Popular Yang Lain?

Inilah persoalan yang selalu kita fikirkan untuk sebuah model perdana ini oleh harganya yang jauh lebih murah. Bagi kami, untuk prestasi, kamera, reka bentuk, Xiaomi Mi 6 adalah setanding dengan model perdana lain namun tidak pada paparannya yang masih lagi menggunakan skrin IPS dengan resolusi 1080p. Pesaing-pesaingnya telah pun menggunakan resolusi Quad-HD untuk gambar yang lebih jelas, terang dan terperinci. Namun ianya tidaklah menjadi masalah utama oleh kerana resolusi Quad-HD atau pun Full-HD agak sukar dibezakan dengan menggunakan mata kasar terutamanya pada samartphone yang kecil bersaiz 5.15-inci seperti terdapat pada Xiaomi Mi 6.

Seterusnya Xiaomi Mi 6 mungkin kekurangan fungsi premium yang terdapat pada model perdana. Walaupun memiliki prestasi yang terbaik, reka bentuk yang mantap serta kamera yang berkualiti masih belum memadai untuk sebuah smartphone ber-kelas perdana. Contohnya seperti Samsung Galaxy S8 yang hadir dengan sokongan SamsungDEX yang membolehkan peranti anda menjadi sebuah komputer apabila disambung ke monitor. LG pula telah bawakan paparan Quad-HD FullVision yang lebih memanjang serta ciri-ciri kalis air manakala Sony Xperia XZ Premium pula hadir dengan paparan Ultra-HD dan juga ciri-ciri kalis air. Jadi, inilah yang membezakan model perdana RM1899 dan juga RM3000. Untuk spesifikasi Xiaomi Mi 6 seperti di bawah.

Spesifikasi Xiaomi Mi 6
Platform Android 7.1.1 (Nougat)
Pemproses Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835
Memori 64 GB Memori Dalaman, 6 GB RAM
Paparan PS LCD 5.15 inci, 1080 x 1920 pixels (FHD)
Kamera Utama
  • Dual 12 Megapixel (27mm, F1.8, OIS & 52mm, F2.6)
  • 1/2.9″ Sensor Size, 2X Optical Zoom, PDAF
  • Rakaman Video 4K
Kamera Depan 8 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Po 3350 mAh
  • Warna Ceramic Black, Black, Blue, White
  • Sambungan 4G LTE-A Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di bahagian hadapan
  • Pengecasan Pantas (Quick Charge 3.0)
  • Kalis percikan air
Harga Di Malaysia RM1899, Jualan Bermula 31 Julai 2017
Kelebihan
  • Smartphone dengan pemproses berkuasa Snapdragon 835 untuk prestasi yang lebih baik.
  • Harga yang berpatutan dan lebih rendah berbanding model perdana yang lain.
  • Jumlah RAM yang tinggi meningkatkan kepantasan dan fungsi multi-tasking yang lebih efektif.
  • Hadir dengan rangkaian LTE-Advanced untuk internet yang lebih pantas.
  • Rekaan premium dengan kerangka logam, lapisan kaca di depan dan belakang serta kalis percikan air.
  • Sistem kamera yang lebih baik dengan fungsi Dual-Kamera, OIS dan 2X Optikal Zoom.
Kekurangan
  • Bateri Yang Tidak Boleh Ditukar.
  • Tiada Radio FM.
  • Tiada 3.5mm Audio Jack, namun diganti dengan USB Type-C ke 3.5mm adapter.
  • Skrin yang agak kecil dengan 5.15 inci.
  • Tiada slot tambahan microSD.
Dapatkan Xiaomi Mi 6 Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Xiaomi Mi 6 Dengan Rekaan Hitam Elegan Dan Prestasi Yang Mantap

Untuk reka bentuknya, Xiaomi Mi 6 membawakan rekaan seolah-olah Apple iPhone 7 dengan lengkungan di setiap bucu dan sisi bagi gengaman di tangan yang lebih selesa. Kerangkanya diperbuat daripada Stainless Steel manakala keseluruhan bahagian depan dan belakang dilapisi dengan kaca. Terdapat tiga pilihan warna untuk model ini iaitu hitam, biru dan putih namun di Malaysia model rasmi atau original hanya didatangkan dalam warna hitam.

Xiaomi Mi 6 Malaysia

Terdapat juga model khas yang dibuat daripada seramik dan emas 18-karat di bahagian rim kamera, namun model ini tidak dibawa masuk ke pasaran tempatan. Di bahagian hadapan, Xiaomi Mi 6 hadir dengan paparan bersaiz 5.15 inci dengan resolusi HD-Penuh 1080p. Xiaomi Mi 6 juga kalis percikan air namun tidak dinyatakan kelas pengiktirafannya.

Untuk prestasinya, memang tidak perlu disngkal lagi gabungan antara cip Snapdragon 835 dan 6GB RAM memberikan prestasi yang cermerlang untuk semua jenis aplikasi dan juga permainan. Ianya berjalan dengan lancar walaupun membuka banyak aplikasi dilatar. Kelajuan data internet juga pantas dengan rangkaian 4G LTE-Advanced yang mampu memuat turun sehingga 450Mbps serta kelajuan muat naik sehingga 50Mbps. Berita baik untuk pengguna-pengguna telco Digi, Maxis, Celcom dan Altel yang telah menyokong rangkaian LTE-Advanced tersebut.

Untuk memori dalaman, di Malaysia Xiaomi Mi 6 ditawarkan dengan memori terbina 64 GB. Untuk prestasi yang maximum, Xiaomi tidak menawarkan slot microSD untuk peranti ini. Smartphone dengan Android 7.1.1 Nougat terbina ini juha hadir dengan bateri Li-Po 3350 mAh yang boleh dicas melalui port USB Type-C.

Xiaomi Mi 6 Dengan Dual Kamera 12 Megapixel, 4-Axis Penstabilan Imej OIS

Bagi kameranya pula,  Xiaomi Mi 6 menyertai trend terkini smartphone yang menggunakan aturan dual lensa di bahagian belakangnya. Model ini hadir dengan Dual Kamera 12 Megapixel (27mm, F1.8 & 52mm, F2.6) yang lengkap dengan 4-Axis penstabilan imej OIS untuk kurangkan gegaran semasa mengambil gambar atau video. Hasilnya gambar dihasilkan lebih tajam dan jelas. Ciri-ciri lain pada kameranya termasuk 2x Optikal Zoom, PDAF, Dual-LED Flash serta ralaman video 4K.

Xiaomi Mi 6 Malaysia

Seperti yang ditunjukan pada gambar diatas adalah gambar yang diambil menggunakan kamera dengan lensa tunggal (kiri) dan dual-kamera (kanan). Penggunaan lensa 52mm bersama fungsi dual-kamera sangat membantu menghasilkan gambar portrait yang lebih baik yang kelihatan seperti diambil menggunakan DSLR. Gabungan dua kamera belakang dapat menghasilkan kesan bokeh yang lebih menyerlah. Antara contoh gambar yang diambil menggunakan lensa dual-kamera Xiaomi Mi 6 seperti di bawah.

kamera Xiaomi Mi 6 Malaysia kamera Xiaomi Mi 6 Malaysia kamera Xiaomi Mi 6 Malaysia kamera Xiaomi Mi 6 Malaysia

Lensa hadapannya pula hadir denga 8 Megapixel untuk panggilan video serta selfie. Kamera hadapan juga mampu membuat rakaman video dengan resolusi HD Penuh 1080p.

Harga Xiaomi Mi 6 Di Malaysia Ialah RM1899, Jualan Bermula 31 Julai 2017

Untuk pasaran tempatan, Xiaomi Mi 6 telah mula dijual bermula 31 Julai 2017. Harga Xiaomi Mi 6 di Malaysia ialah RM1899 untuk model 64GB yang hadir dalam warna hitam sahaja. Ia boleh didapati dari kedai rasmi Mi Store melalui Lazada Malaysia.

Dengan harga RM1899, Xiaomi Mi 6 merupkan sebuah peranti yang mantap, namun terdapat beberapa perkara yang mungkin menampakan kekurangannya. Tidak seperti kebanyakan model smartphone dengan skrin 5.5 inci dan keatas, peranti ini dilihat agak kecil dengan skrin sebesar 5.15 inci. Smartphone ini juga tidak didatangkan dengan kad microSD untuk tambahan memori yang lebih besar. Untuk pasaran Malaysia hanya hadir dengan memori 64GB. Xiomi Mi 6 juga menyertai Iphone 7 dengan membuang 3.5mm audio jack. Namun, tidak perlu risau oleh kerana Xiaomi telah menyertakan Type-C ke 3.5 mm headphone adapter.

Untuk harga RM1899, anda mungkin boleh memilih smartphone Mid-Range seperti HTC U Play (RM1899), Samsung Galaxy A7 2017 (RM1899), Oppo R9s (RM1798) atau anda boleh memilih smartphone High-End  yang lebih berkuasa seperti Xiaomi Mi 6.