Samsung Galaxy S8Samsung dijangka akan memperkenalkan Samsug Galaxy Note 8 pada satu majlis khas yang akan berlansung pada 23 Ogos ini. Menghampiri tarikh tersebut, telah banyak rumor-rumor mengenai peranti tersebut telah tertiris di internet.

Antara spesifikasi yang telah dipastikan sudah tentu mengenai sistem kameranya yang akan menggunakan aturan Dual-Kamera dengan sensor 12 Megapixel. Beberapa fungsi kameranya juga telah didedahkan oleh Samsung Electro-Mechanics yang merupakan bahagian yang bertanggungjawab membangunkan kamera mobile untuk peranti Samsung.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada module dual kamera pada Samsung Galaxy Note 8 termasul 3X Optical Zoom, Super Night Shot, Dual Fusion, Depth Applications dan sebagainya.

Melalui fungsi Super Night Shot, gambar yang diambil kini lebih terang melalui penggunaan dual-kamera. Dual Fusion pula adalah gabungan dua gambar bagi menghasilkan gambar HDR yang lebih jelas, terang dan terperinci.

Selain menggunakan module dual kamera, Samsung Galaxy Note 8 dijangka hadir dengan cip Snapdragon 835 untuk pasaran USA dan cip Exynos 8895 bagi lain-lain negara termasuk Malaysia. Didalamnya juga membawakan 4 GB RAM dan juga rekaan unibody dengan kebolehan kalis air.