Harga Apple iPhone 8 Di Malaysia

Setelah lebih dua minggu menunggu dari tarikh pelancarannya, akhirnya kini anda boleh dapati Apple iPhone 8 dan Apple iPhone 8 Plus dengan harga dari RM3,649 untuk iPhone 8 dan RM4,149 untuk model iPhone 8 Plus. Ia boleh didapati dari kedai atas talian 11Street.my dengan 1 tahun jaminan dari Apple Malaysia.

Walau bagaimanapun, masih belum ada pengumuman rasmi dari Apple Malaysia mengenai harga rasmi dan tarikh jualan iPhone 8 untuk pasaran tempatan. Jadi, tidak dipastikan sama ada harga dari 11Street merupkan harga rasmi atau pun tidak walau pun tertera jaminan dari Apple Malaysia. Antara harga lengkap Apple iPhone 8 dari 11Street seperti dibawah.

  • Apple iPhone 8 (64GB) – RM3,649
  • Apple iPhone 8 (256GB) – RM4,399
  • Apple iPhone 8 Plus (64GB) – RM4,149
  • Apple iPhone 8 Plus (256GB) – RM4,899

Bagi yang menempah melalui 11Street, anda akan menerima peranti anda pada 30 Oktober ini beserta beberapa hadiah percuma bernilai RM200 seperti Cager Power Bank, KJD Back Case, dan KJD Tempered Glass. 

Sedikit mengenai spesifikasi kedua-dua peranti tersebut, Apple iPhone 8 hadir dengan skrin 4.7-inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels manakala iPhone 8 Plus dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5-inci dan resolusi 1080 x 1920 pixels. Kedua-dua peranti ini juga menyokong 3D Touch, Cinema Wide Color Gamut, True Tone dan fungsi kalis air dan debu (IP68).

Apple membawakan cip berkuasa yang dinamakan Apple A11 Bionic dengan 6-Core CPU serta pilihan memori dalaman 64GB dan 256 GB.

Untuk kamera, Apple iPhone 8 hadir dengan 12 Megapixel dengan Aperture F1.8, OIS, PDAF serta rakaman video 4K. Untuk model iPhone 8 Plus pula terdapat tambahan sensor kedua dibelakangnya dengan 12 Megapixel dengan aperture F2.8 yang mombolehkan ia melakukan 2x Optical Zoom.