Harga GoPro Hero6 Black Malaysia

GoPro baru sahaja melancarkan kamera lasak Hero6 Black yang membawakan pelbagai penambah baikan dari model terdahulu termasuk mampu merakam video 4K pada 60fps serta video 1080p pada 240fps. Penstabilan Imej Video juga telah ditambah baik bagi mengelakan gegaran semasa video diambil.

GoPro Hero6 Black menggunakan cip buatan sendiri iaitu cip GP1 yang membawakan prestasi dua kali lebih baik dari model terdahulu. Cip baru ini juga bawakan perubahan ketara terhadap dynamic range dan juga kualiti video lebih baik dalam suasana kekurangan cahaya. 

Selain itu, GoPro Hero6 Black juga bawakan 5GHz Wi-Fi terbina yang lebih pantas untuk penghantaran data. Bagi yang gemar mengambil gambar, sensor 12 Megapixel yang terdapat pada kamera ini sudah tentu dapat mengambil gambar dengan lebih baik. Tambahan pula sokongan format RAW yang membolehkan gambar disunting lebih mudah menggunakan PC untuk kesan gambar yang lebih menarik.

Harga GoPro Hero6 Black Malaysia

Antara fungsi lain yang terdapat pada GoPro Hero6 Black ini termasuk ciri-ciri kalis air sedalam 10 meter tanpa menggunakan kerangka luar, GPS terbina serta skrin LCD 2-inci.

Berita baih untuk pengguna di Malaysia, GoPro Hero6 Black juga kini telah berada di pasaran tempatan. Harga GoPro Hero6 Black di Malaysia ialah RM2399 yang boleh didapati dari pengedar rasmi GoPro seluruh Malaysia.