Wiko View Prime Malaysia

Wiko Malaysia baru sahaja melancarkan dua model smartphone untuk pasaran Malaysia. Smartphone tersebut ialah Wiko View dan Wiko View Prime yang boleh didapati bermula Oktober ini dengan harga jualan dari RM899.

Menarik mengenai kedua-dua peranti ini ialah memiliki skrin FullView dengan nisbah 18:9, resolusi 720p HD+ dan bersaiz 5.7 inci. Ia merupakan antara model smartphone termurah di pasaran ini yang menggunakan skrin FullView.

Di dalamnya, Wiko View hadir dengan pemproses Snapdragon 425, 3 GB RAM, 32GB memori terbina serta bateri Li-Po 2900 mAh. Untuk kamera, peranti ini hadir dengan 13 Megapixel kamera utama serta 16 Megapixel kamera hadapan beserta selfie flash.

Wiko View Prime Malaysia

Bagi model Wiko View Prime pula hadir dengan CPU Snapdragon 430, 64 GB memori dalaman, 4 GB RAM dan bateri Li-Po 3000mAh. Peranti ini juga menggunakan dua kamera di bahagian hadapan demgan sensor 20MP dan 8MP untuk gambar portrait yang lebih cantik dengan kesan bokeh seperti DSLR. Kamera belakang pula menggunakan sensor 13 Megapixel beserta selfie flash. Spesifikasi lanjut untuk Wiko View dan Wiko View Plus seperti di bawah :-

Wiko View Wiko View Prime
Platform Android 7.1 (Nougat) Android 7.1 (Nougat)
Pemproses Qualcomm Snapdragon 425 Qualcomm Snapdragon 430
CPU / GPU
  •  Quad-Core 1.4 GHz Cortex-A53
  • Adreno 308
  •  Octa-Core 1.4 GHz Cortex-A53
  • Adreno 308
Paparan
  • Skrin IPS 5.7 Inci
  • Resolusi 1440 x 720 pixels (HD+)
  • Skrin IPS 5.7 Inci
  • esolusi 1440 x 720 pixels (HD+)
Memori 32 GB Memori dan 2GB RAM 64 GB Memori dan 4 GB RAM
Kamera
  • 13 Megapixel (Utama)
  • 16 Megapixel  (Selfie)
  • 16 Megapixel (Utama)
  • Dual 20+8 Megapixel (Selfie)
Rangkaian FDD-LTE Cat. 4, DL 150 Mbps, UL 50 Mbps FDD-LTE Cat. 4, DL 150 Mbps, UL 50 Mbps
Bateri Li-Po 2900 mAh Li-Po 3000 mAh
Ciri-Ciri
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
  • Bluetooth, Wi-Fi
  • Pengimbas Cap Jari
  • Sokongan Dual-SIM
Harga Di Malaysia RM899 RM1199

Untuk harga Wiko View di Malaysaia, peranti ini akan mulakan jualan pada bulan Oktober ini dengan harga RM899 manakala untuk View Prime pula dijual dengan harga RM1199.