Ookyo Plan Prepaid Internet

Selain Hotlink, Maxis telah memperkenalkan perkhidmatan baru yang dinamakan Ookyo yang lebih mengfokuskan kepada penggunaan Internet.

Terdapat dua plan yang ditawarkan buat masa ini iaitu Social Pack dengan internet tanpa had percuma untuk aplikasi sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram, Twittet dan banyak lagi. Entertainment Pack pula menawarkan internet tanpa had untuk Spotify, Joox Music, Shazam dan juga beberapa aplikasi internet mesej seperti Whatsapp, Wechat, Messenger dan sebagainya. 

Kedua-dua plan tersebut memerlukan langganan bulanan dengan hanya RM30 yang akan diperbaharui secara automatik. Setiap langganan juga akan menerima 3GB data untuk perkara lain seperti layari website dan sebagainya.

Ookyo Plan Prepaid Internet

Untuk cas SMS pula ia dikenakan 15sen/SMS manakala untuk panggilan suara pula akan di cas dengan kadar 15sen/30saat. Untuk panggilan antarabangsa pula akan dikenakan cas yang sama dengan plan Hotlink Fast.

Sedikit berbeza dengan pakej Prepaid yang lain, Ookyo memerlukan maklumat debit atau kredit kad semasa pendaftaran. RM30 akan ditolak secara automatik dari kad anda untuk mempebaruhi plan Ookyo. Namun, anda tidak perlu risau kerana anda boleh batalkan akaun Ookyo pada bila-bila masa sahaja.

Bagi yang berminat dan ingin dapatkan SIM Ookyo yang baru ini boleh layari laman rasmi Ookyo.