Harga Huawei Nova 2i Malaysia

Huawei Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah smartphone kelas pertengahan yang dinamakan sebagai Huawei Nova 2i. Ianya merupakan salah satu model mantap yang dilengkapi dengan 4 kamera dan juga paparan FullView. Huawei Nova 2i telah di pasaran Malaysia dengan harga jualan RM1299.

Jika sebelum ini skrin FullView dengan bezel nipis hanya hadir untuk smartphone perdana sahaja seperti yang terdapat pada model Samsung Galaxy Note8 dan LG V30. Namun kini tidak lagi, malah penggunaan skrin dengan nisbah 18:9 itu turut hadir untuk peranti model Mid-Range seperti Vivo V7+ dan juga model baru di Malaysia, Huawei Nova 2i.

Reka Bentuk Dan Skrin

Huawei Nova 2i akan hadir dengan dua pilihan warna untuk pasaran Malaysia iaitu emas dan juga hitam. Di bawahnya terdapat port microUSB dan Audio jack manakala di belakangnya hadir dengan pengimbas cap jari.

Harga Huawei Nova 2i Malaysia
Di bahagin depannya peranti ini menggunakan skrin IPS 5.9-inci dengan resolusi 1080 x 2160 pixels, Full-HD+ dengan ketumpatan skrin sekitar 407 PPI. Peranti ini boleh merupakan smartphone termurah yang menggunakan skrin FullView buat masa ini.

Spesifikasi Dan Kamera

Huawei Nova 2i dikuasai oleh pemproses buatan Huwei sendiri iaitu Kirin 659 dengan 4 GB RAM, 64 GB ruang memori serta sokongan slot microSD sehingga 256 GB. Peranti ini juga bawakan bateri Li-Po 3340 mAh, sokongan Dual-SIM dengan rangkaian 4G LTE. Namun malangnya, tiada port USB Type-C untuk peranti ini sebaliknya masih menggunakan port microUSB untuk pengecasan dan penghantaran data. 

Untuk kamera, Huwei Nova 2i hadir dengaan 4 kamera dimana dua lensa di bahagian belakang dan dua lensa selfie di depan. Penggunaan dua sensor 13 Megapixel dan 2 Megapixel di depan sangat membantu menghasilkan gambar portrait dengan kesan bokeh yang lebih baik seperti penggunaan DSLR.

Begitu juga dengan kamera belakngnya yang hadir denagn lensa 16 Megapixel dan 2 Megapixel yang mampu menghasilkan gambar photo yang lebih sempurana. Kamera utamanya juga turut dikengkapi dengan fungsi PDAF, HDR, Panorama dan rakaman video 1080P.

Spesifikasi Huawei Nova 2i
Platform Android 7.0 (Nougat)
Pemproses
  • HiSilicon Kirin 659
  • Quad-Core 2.36 GHz Cortex-A53 & Quad-Core 1.7 GHz Cortex-A53
  • Mali-T830 MP2
Memori 64 GB Memori Dalaman dan 4 GB RAM
Paparan IPS LCD 5.9 inci, 1080 x 2160 pixels (Full-HD+)
Kamera Utama
  • Dual 16 Megapixel + 2 Megapixel
  • Phase Detection Autofocus
  • Rakaman 1080P
  • LED Flash
Kamera Depan Dual 13 Megapixel + 2 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Po 3340mAh Battery.
  • Warna Hiram dan Emas
  • Sambungan 4G LTE-A Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di bahagian belakang
Harga Di Malaysia RM1299 (64GB Model), Jualan Bermula 13 Oktober 2017
Kelebihan
  • Smartphone dengan pemproses berkuasa HiSilicon Kirin 659 untuk prestasi yang lebih baik untuk smartphone Mid-Range.
  • Jumlah RAM yang tinggi meningkatkan kepantasan dan fungsi multi-tasking yang lebih efektif.
  • Hadir dengan Dual-SIM dan rangkaian LTE untuk internet yang lebih pantas.
  • Sistem kamera yang lebih baik dengan fungsi Dual-Kamera pada kameras utama dan selfie.
  • Skrin FullView dengan resolusi Full-HD+ untuk paparan yang lebih luas dan besar.
Kekurangan
  • Bateri Yang Tidak Boleh Ditukar.
  • Tiada port USB Type-C dan masih menggunakan port jenis microUSB.
Dapatkan Smartphone Huawei Nova 2i Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Harga Huawei Nova 2i Di Malaysia

Huawei Nova 2i akan mulakan julan di Malaysia bermula 13 Oktober ini yang boleh didapati dari pengedar rasmi Huawei dan Lazada Malaysia. Harga Huawei Nova 2i di Malaysia ialah RM1299 dengan memori 64GB.

Dengan harga tersebut, peranti tersebut akan jadi saingan hebat pada Xiaomi Mi A1, Vivo V7+, Sony Xperi XA1 Plus serta Asus Zenfone 4 Selfie yang baru sahaja di pasaran sekarang. Namun, bagi yang mencari smartphone dengan skrin yang lebih besar, Huawei Nova 2i adalah pilihan yang lebih baik.