Harga Nokia 8 Malaysia

Setelah sekian lama Nokia menyepi, akhirnya mereka telah membuat kemunculan semula pada tahun ini dengan melancarkan beberapa siri smartphone Android dan telefon legasi Nokia 3310 versi 2017.

Nokia juga telah melancarkan sebuah smartphone perdana yang dinamakan Nokia 8 pada bulan Ogos yang lalu. Berita baik untuk peminatnya di Malaysia. Peranti premium ini telah memasuki pasaran tempatan bermula 9 September 2017 dengan harga rasmi RM2299.

Reka Bentuk Dan Paparan

Jika dilihat pada rekaannya, tiada yang istimewa yang Nokia 8 bawakan. Peranti ini seperti kebanyakan model-model smartphone yang lain tanpa menggunakan skrin lebar dengan aspect ratio 18:9 dan bezel nipis seperti model perdana LG V30 dan Samsung Galaxy Note8

Nokia 8 hadir dalam empat pilihan warna termasuk Polished Blue, Tampered Blue, Steel dan juga Polished Copper. Di bahagian hadapannya terdapat pengimbas cap jari untuk ciri-ciri keselamatan manakala di bawahnya terdapat port pengecasan USB Type-C 1.0.

Harga Nokia 8 Malaysia

Nokia 8 membawakan skrin yang agak kecil berbanding model perdana yang lain iaitu 5.3 inci IPS LCD dengan resolusi Quad-HD 1440 x 2560 pixels. Ketumpatan skrinnya agak tinggi memandangkan ia menggunakan resolusi tinggi pada skrin yang kecil. Oleh itu, skrinya amat jelas, terang dan lebih terperinci.

Selain itu, skrinya juga hadir dengan fungsi Always-On-Display yang memaparkan jam atau sebarang notifikasi pada skrin walau pun skrinya tertutup. Untuk perlindungan, Nokia 8 dilapisi Gorilla Glass 5 yang tahan hentakan dan calar walau pun di toreh oleh kunci atau sebarang besi tajam di poket.

Prestasi, Memori Dan RAM

Nokia 8 menjanjikan prestasi yang cermerlang dan penggunaan yang sangt lancar. Terima kasih kepada cip Snapdragon 835 dan 4GB RAM yang sangat membantu fungsi multitasking walaupun menggunakan banyak aplikasi di latar. Di bahagian dalamnya juaga, Nokia 8 membawakan ruang memori 64GB dengan sokongan memori tambahan microSD sehingga 256GB.

Jika dibandingkan dengan model perdana yang lain yang menggunakan cip yang sama, Nokia 8 merupakan model ke-2 dengan harga termurah selepas Xiaomi Mi 6 yang dijual pada harga RM1899. Kebanyakan smartphone dengan Snapdragon 835 yang lain berharga melebihi RM3000.

Spesifikasi Nokia 8
Platform Android 7.1.1 (Nougat)
Pemproses Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835
Memori
  • 64 GB Memori Dalaman dan 4 GB RAM
  • 128 GB Memori Dalaman dan 6 GB RAM
Paparan IPS LCD 5.3 inci, 1440 x 2560 pixels (QHD)
Kamera Utama
  • Dual 13 Megapixel ( F2.0, Carl Zeiss optics, OIS)
  • Laser & Phase Detection Autofocus
  • Rakaman Video 4K
  • Dual-Sight mode
Kamera Depan 13 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 3090mAh dengan teknologi Quick Charge 3.0
  • Warna Tempered Blue, Polished Blue, Steel, Polished Copper
  • Sambungan 4G LTE-A Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di bahagian hadapan
  • Pengecasan Pantas (Quick Charge 3.0)
  • Kalis debu dan percikan air (IP54)
Harga Di Malaysia RM2299 (64GB Model), Jualan Bermula 9 September 2017
Kelebihan
  • Smartphone dengan pemproses berkuasa Snapdragon 835 untuk prestasi yang lebih baik.
  • Jumlah RAM yang tinggi meningkatkan kepantasan dan fungsi multi-tasking yang lebih efektif.
  • Hadir dengan rangkaian LTE-Advanced untuk internet yang lebih pantas.
  • Rekaan premium dengan kerangka aluminium berkualiti.
  • Sistem kamera yang lebih baik dengan fungsi Dual-Kamera, OIS, PDAF dan lensa Zeiss optik.
  • Rakaman Audio 3D yang berkualiti dengan Nokia OZO Audio.
  • Penggunaan Android tulen untuk kemaskini platform dan keselamatan yang lebih pantas.
  • Rekaan dengan kalis debu dan percikan air (IP54)
Kekurangan
  • Bateri Yang Tidak Boleh Ditukar.
  • Skrin yang agak kecil dengan 5.3 inci berbanding model perdana yang lain.
  • Rekaan bezel atas dan bawah yang agak besar.
Dapatkan Smartphone Nokia Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Kamera Dan Fotografi

Untuk kamera, tawaran Nokia 8 setanding dengan model premium yang lain. Peranti ini delengkapi Dual-lensa 13 Megapixel, F2.0 Aperture, Laser & PDAF, Zeiss Optik, OIS dan Dual-LED Flash. Kamera ini juga merakam video dalam resolusi 4K. Untuk Lensa hadapan, Nokia 8 membawakan kamera 13 Megapixel, Aperture F2.0 untuk selfie dan panggilan video.

Harga Nokia 8 Malaysia

Selain itu juga, Nokia 8 juga memperkenalkan mod kamera baru yang dipanggil Dual-Sight yang membenarkan anda mengambil gambar atau video menggunakan kedua-dua kamera hadapan dan belakang melalui paparan yang dipisahkan.

Selain kamera, Nokia 8 juga menggunakan rakaman Audio 360 darjah yang dipanggil Nokia OZO Audio bagi rakaman video dengan kesan audio 3D yang lebih rialistik dan jelas.

Harga Dan Tarikh Jualan

Seperti yang telah dinyatakan, Nokia 8 akan mulakan jualan rasmi bermula 9 September 2017. Harga Nokia 8 di Malaysia ialah RM2299 untuk model 64GB dan 4GB RAM dengan jaminan selama 1 tahun dari Nokia Malaysia. Pembelian boleh dibuat melalui Lazada Malaysia dan juga pengedar rasmi Nokia seluruh Malaysia.

Nokia 8 boleh dikatakan antara model terbaik untuk smartphone dibawah harga RM2500. Peranti ini amat sesuai bagi yang mementingkan smartphone yang lancar, prestasi yang cermerlang serta kualiti kamera dan audio yang terbaik.

Untuk harga sekitar RM2299, smartphone yang akan menjadi saingan terdekat Nokia 8 termasuj OnePlus 5, Xiaomi Mi Noye 2, Huawei P10 dan juga Oppo R9s Plus. Namun untuk model-model tersebut hanya Nokia 8 dan OnePlus 5 yang menggunakan cip berkuasa Snapdragon 835.