Dalam diam Oppo Malaysia telah memasarkan smartphone kelas pertenghan Oppo A71 ke pasaran tempatan. Ia boleh didapati bermula 5 September 2017 dari kedai rasmi Oppo di Lazada dengan harga RM858. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini boleh didapati dalam dua pilihan warna hitam dan emas.
Oppo A71 menawarkan rekaan logam unibody yang bergaya dengan rekaan kecil yang selesa digengam. Malangnya, peranti ini tidak hadir dengan pengimbas cap jari untuk ciri keselamatan yang lebih baik. Di bahagian hadapnnya, ia hadir dengan skrin sebesar 5.2 inci pada resolusi HD720p. Di sisi atas, bawah dan tepi terdapat port audio 35mm, butang kuasa dan kawalan suara serta port microUSB untuk pengecasan dan penghantaran data.
Di bahagian dalam, Oppo A71 membawakan cip MediaTek MT6750 dengan kepantasan Octa-Core CPU, 3GB RAM serta memori dalaman sebesar 16 GB. Untuk maklumat anda, cip yang sama turut digunakan pada model Oppo F1s dan vivo V5s. Selain itu, smartphone ini juga hadir dengan bateri Li-Ion 3000 mAh yang sudah cukup memadai bagi sebuah peranti pertenghan ini berfungsi sepanjang hari.
Spesifikasi Oppo A71 | |
---|---|
Platform | Android 7.1 (Nougat) |
Pemproses | MediaTek MT6750, Octa-Core CPU, Mali-T880 MP2 GPU |
Memori | 16 GB Memori Dalaman, 3 GB RAM |
Paparan | IPS LCD 5.2 inci, 720 x 1280 pixels (HD) |
Kamera Utama |
|
Kamera Depan |
|
Ciri-Ciri |
|
Harga Di Malaysia | RM858, Jualan bermula 5 September 2017 |
Kelebihan |
|
Kekurangan |
|
Promosi Menarik Oppo A71 di Lazada Malaysia Beli Dari Lazada Malaysia |
Untuk kamera, Oppo A71 menawarkan lensa 13 Megapixel dengan Aperture F2.2, perakam video HD1080p serta LED-Flash di bahagian belakangnya. Kamera selfie pula menggunakan sensor 5 Megapixel dengan Aperture F2.4.
Oppo A71 telah boleh didapati di pasaran tempatan bermula 5 September 2017. Harga Oppo A71 di Malaysia ialah RM858 dengan tawaran jaminan 1 tahun dari Oppo Malaysia. Bagi yang berminat untuk dapatkan Oppo A71, boleh dapatknnya di Lazada Malaysia.