Harga Samsung Galaxy J7+ Malaysia

Selepas melancarkan Samsung Galaxy Note8, Samsung mula membawakan kamera dengan dual sensor pada model pertengahannya. Perkara ini dapat dilihat pada model baru yang dilancarkan yang dikenali sebagai Samsung Galaxy J7+. Kini peranti ini mula dipasaran Malaysia dengan harga RM1599.

Samsung Galaxy J7+ merupakan model pertengahan dengan penambahbaikan minor daripda model Galaxy J7 Pro (2017) yang kini di Malaysia dengan harga RM1299. Perubahan ketara sudah tentu pada kameranya yang hadir dengan dua lensa belakang 13 Megapixel dan 5 Megapixel. Untuk Selfie pula, peranti ini hadir dengan 16 Megapixel kamera.

Reka Bentuk Dan Skrin

Untuk reka bentuknya, ia hadir dengan kerangka logam dengan hiasan tiga pilihan warna emas, merah jambu dan juga hitam. Namun untuk pasaran Malaysia hanya hadir dalam warna merah jambu dan hitam. Rekaannya juga menyerupai Galaxy J7 Pro (2017) dengan jalur antena di atas dan bawahnya. Cuma tambahan aturan dual kamera yang terdapat di bahagian belakangnya.

Harga Samsung Galaxy J7+ Malaysia Harga Samsung Galaxy J7+ Malaysia
Samsung Galaxy J7+ Hadir Dalam Warna Hitam Dan Merah Jambu Di Malaysia

Di bahagian hadapnnya, Samsung Galaxy J7+ dilengkapi dengan skrin Super AMOLED sebesar 5.5 inci dengan resolusi HD 1080p dan juga fungsi Always-On-Display yang memaparkan maklumat dan notifikasi walaupun dengan skrin yang terpadam.

Prestasi, Memori Dan Kamera

Di dalamnya, Samsung Galaxy J7+ hadir dengan CPU Octa-Core, 4 GB RAM serta ruangan memori sebesar 32GB yang mampu menjalankan sebarang aplikasi dan permainan tanpa sebarang masalah. Peranti ini juga boleh mumuatkan memori tambahan sehingga 256GB melalui slot microSD.

Fungsi lain yang turut hadir termasuk penggunaan Dual-SIM dengan rangkaian 4G LTE, Pengimbas cap jari di bahagian hadapan, sokongan USB Type-C serta bateri Li-Ion 3000 mAh.

Untuk kamera, Galaxy J7+ merupakan model kedua dari Samsung selepas Galaxy Note8 yang dilengkapi dengan aturan Dual-Kamera di bahagian belakangnya. Spesifikasi kameranya juga agak mantap bagi sebuah model pertengahan. Ia hadir dengan lensa utama 13 Megapixel (F1.7) + 5 Megapixel (F1.9) dengan fungsi Live Focus yang membolehkan anda menetapkan kadar kabur di bahagian latar bagi menghasilkan gambar yang seakan-akan kamera DSLR Professional.

Untuk kamera selfienya pula dilengkapi dengan sensor beresolusi tinggi 16 Megapixel dengan Aperture F1.9. Ia turut hadir dengan LED Flash di depan untuk gambar selfie yang lebih cerah.

Spesifikasi Samsung Galaxy J7+
Platform Android 7.1 (Nougat)
Pemproses Octa-Core CPU
Memori
  • 32 GB Memori Dalaman, 4 GB RAM
  • Slot tambahan microSD (256GB Max)
Paparan Super AMOLED 5.5 inci, 1080 x 1920 pixels (FHD)
Kamera Utama
  • 13 Megapixel (F1.7) + 5 Megapixel (F1.9)
  • LED Flash, Perakam Video HD 1080p, Live Focus
Kamera Depan
  • 16 Megapixel (F1.9)
  • LED Flash, Selfie Focus
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion Li-Ion 3000 mAh
  • Warna Hitam dan Merah Jambu
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas cap jari.
  • Always-on display.
  • Aplikasi BixBy.
Harga Di Malaysia RM1599, Jualan bermula 12 September 2017
Kelebihan
  • Smartphone dengan pemproses Quad-Core dan 4GB RAM yang mampu meningkatkan kepantasan dan fungsi multi-tasking yang baik pada peranti pertengahan.
  • Rekaan premium dengan pilihan warna hitam dan merah jambu.
  • Dilengkapi dengan Skrin Super AMOLED HD Penuh 1080p yang cukup terang dan terperinci.
  • Dual kamera dengan bukaan Aperture (F1.7) berserta teknologi Live Focus seperti yang terdapat pada Galaxy Note 8.
  • Dilengkapi dengan pembantu digital BixBy untuk penggunaan smartphone lebih mudah dengan arahan suara.
Kekurangan
  • Bateri terbina didalam dan tidak boleh ditukar ganti.
  • Tiada sokongan NFC dan juga Samsung Pay.
Promosi Menarik Samsung Galaxy J7+ di Lazada Malaysia Beli Dari Lazada Malaysia

Harga Dan Tarikh Jualan

Samsung Galaxy J7+ kini telah boleh ditempah di Malaysia bermula 12 hinggga 17 September ini. Jualan rasmi akan bermula selepas itu. Untuk harga Samsung Galaxy J7+ di Malaysia, peranti ini akan dijual dengan harga RM1599. Dengan setiap pembelian akan menerima kad memori Samsung 64GB dan juga Samsung Protection Plus secara percuma.

Harga Samsung Galaxy J7+ Malaysia

Bagi yang berminat untuk dapatkan Samsung Galaxy J7+ boleh dapatkannya dari pengedar rasmi Samsung di seluruh Malaysia. Pembelian juga boleh dibuat dari Lazada Malaysia, Seng Heng, SenQ, 11Street dan juga di Courts berhampiran anda.