[AdsLink]Setelah sekian lama Sony tidak membawa smartphone mid-range dibawah harga RM1000 di pasaran tempatan. Kebanyakan yang diperkenalkan adalah model perdana dan pertengahan dengan harga ribuan ringgit. Kini, Sony Mobile Malaysia baru sahaja mengumunkan Sony Xperia L1 untuk pasaran tempatan dengan harga serendah RM799 di Malaysia.
Sony Xperia L1 mula diperkenalkan pada bulan March yang lalu dan mula memasuki pasaran USA dan Eropah pada bulan May. Pasaran Malaysia pula akan mulakan jualannya bermula 8 September 2017 dengan harga RM799. [AdsPost]
Reka Bentuk Dan Skrin
Dari segi reka bentuknya, Sony Xperi L1 tidak jauh bezanya dengan kebanyakan model Sony yang lain, cuma bahan binaanya menggunakan polycarbonate berbanding model pertengahan dan perdana Sony yang lain yang menggunakan lapisan kaca dan aluminum untuk sentuhan yang lebih premium.
Untuk pasaran Malaysia, Sony Xperia L1 ditawarkan dengan tiga pilihan warna termasuk putih, hitam dan merah jambu. Peranti ini juga membawakan skrin yang besar iaitu 5.5 inci namun dengan resolusi HD720p. Penggunaan resolusi HD1080p meungkin lebih sesuai untuk peranti berskrin besar ini untuk paparan yang lebih terperinci.
Prestasi, Memori Dan Kamera
Di dalamnya, peranti dengan Android 7.0 Nougat ini membawakan cip MediaTek MT6737T dengan CPU Quad-Core 1.45 Ghz. Ianya juga hadir dengan 16 GB memori dalaman, 2 GB RAM dan juga sokongan slot microSD sehingga 256GB.
Bagi yang gemar mengambil foto, Xperia L1 membawarkan sensor 13 Megapixel dengan Aperture F2.2 di bahagian belakang dengan fungsi LED Flash, rakaman video HD 1080p, mod HDR, panorama dan sebagainya. Bagi yang gemar berselfie, Xperia L1 menyediakan kamera 5 Megapixel di bahagian hadapannya.
Spesifikasi Sony Xperia L1 | |
---|---|
Platform | Android 7.0 (Nougat) |
Pemproses |
|
Memori | 16 GB Memori Dalaman,2 GB RAM |
Paparan | IPS LCD 5.5 inci, 720 x 1280 pixels (HD) |
Kamera Utama |
|
Kamera Depan |
|
Ciri-Ciri |
|
Harga Di Malaysia | RM799, Jualan bermula 8 September 2017 |
Kelebihan |
|
Kekurangan |
|
Promosi Menarik Sony Xperia L1 di Lazada Malaysia Beli Dari Lazada Malaysia |
Harga Dan Tarikh Jualan
Seperti yang telah dinyatakan, Harga Sony Xperia L1 di Malaysia ialah RM799 yang boleh didapati dari pengedar rasmi Sony seluruh Malaysia atau melalui Lazada Malaysia. Ia boleh dibeli mulai 8 September 2017.
Dengan harga serendah RM799, ia mungkin satu tawaran yang baik bagi yang gemar memiliki peranti mampu milik dari Sony ini. Untuk harga yang sama juga anda mungkin boleh dapati Nokia 5 dan Oppo A71 dengan spesifikasi yang hampir sama dan skrin yang kebih kecil.