[AdsLink]Samsung Galaxy Note8 baru sahaja dilancarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga RM3999. Memandangkan harganya yang agak tinggi, syarikat-syarikat telko menawarkan pekej serta plan menarik bagi memudahkan pengguna mendapatkan Galaxy Note8 dengan harga yang lebih murah.
Jika UMobile menawarkan plan ansuran UMicrocredit, Maxis pula dengan pekej Zerolution. Xpax pula telah menawarkan plan bayaran ansuran yang dinamakan sebagai Xpax EasyPhone.
Beza antara plan ansuran dari Maxis dan UMobile ialah anda tidak perlu melanggan pakej Postpaid dengan komitmen bulanan yang membebankan.
Melalui plan ansuran Xpax EasyPhone, bayaran bulanan untuk dapatkan Samsung Galaxy Note8 serendah RM238/sebulan untuk tempoh dua tahun. Malah, untuk pengguna EasyPhone juga akan mendapat kredit RM30 ke akaun Xpax anda setiap bulan selama 2 tahun.
Plan ansuran tanpa bayaran wang pendahaluan ini juga menawarkan plan tambahan yang dinamakan Device Protection Plan dengan tambahan RM23/bulan. Melalui plan ini, smartphone anda akan diganti baru sekiranya dicuri dan apabila telah rosak akan dibaiki. [AdsPost]
Untuk maklumat, Xpax EasyPhone tidak terhad untuk Samsung Galaxy Note8 sahaja. Malah smartphone seperti Apple iPhone 7, Samsung Galaxy S8 dan lebih 20 model terpilih dari jenama Apple, Samsung, Huawei, Oppo dan Xiaomi ditawarkan plan ansuran ini.
Cara Memohon Pelan Ansuran Xpax EasyPhone
Bagi yang berminat untuk dapatkan Samsung Galaxy Note8 dengan pelan ansuran bulanan Xpax EasyPhone boleh membawa salainan IC depan dan belakang, maklumat akaun bank, slip gaji terbaru serta 3 bulan penyata bank. Bagi yang berkerja sendiri perlukan dukumen tambahan seperti sjil pendaftaran perniagaan, Form B, resit bayaran cukai dan 6 bulan penyata bank.
Pembayaran secara bulanan pula boleh dibuat secara Auto-Debit melalui 9 bank pilihan termasuk Maybank, CIMB, AmBank, RHB, Bank Muamalat dan sebagainya.
Bagi yang berminat boleh layari http://www.xpax.com.my/easyphone atau cawangan Celcom berhampiran dengan membawa dokumen yang diperlukan. Permohonan yang dihantar akan diluluskan dalam tiga hari berkerja oleh AEON Credit Service.