Siri Baru Sony Xperia

Telah begitu lama Sony menggunakan rekaan OmniBalance pada smartphone keluaran mereka. Sejak tahun 2013 lagi hampir kesemua model Flagship dan Mid-Range memiliki rekaan yang hampir sama.

Namun semua itu akan berubah tidak lama lagi, Sony dijangka akan menggunakan rekaan serba baru pada smartphone Xperia akan datang. Menjadi keutamaannya sudah tentu rekaan tanpa bezel dengan skrin 18:9 yang kian popular pada masa sekarng ini sepertimana terdapat pada Samsung Galaxy Note8, Huawei Nova 2i dan sebagainya. 

Melalui temubual bersama Indian Express, Pengarah Urusan Sony dari India,  Kenichiro Hibi memberitahu bahawa mereka merancang untuk keluarkan siri baru Sony Xperia dengan rekaan yang serba baru pada masa akan datang. Namun makumat peranti tersebut masih lagi belum didedahkan.

Sony selalunya akan mengumumkan model smartphone terbaru pada acara IFA atau MWC setiap tahun. Acara terdekat ialah MWC 2018 yang berlangsung pada Febuari tahun hadapan. Mungkin kita akan melihat siri baru Sony Xperia pada acara tersebut dengan rekaan yang lebih menarik.

Tags