Apple iPhone 8 Malaysia

Apple baru sahaja mengadakan satu majlis khas awal pagi tadi yang berlansung di Steve Jobs Theater. Dalam majlis tersebut beberapa produk baru diperkenalkan termasuk Apple Watch 3, Apple TV 4K , Apple iPhone 8, iPhone 8 Plus dan juga sebuah peranti serba baru Apple iPhone X.

Menjadi perkara utama pada majlis tersebut sudah tentunya model baru iPhone 8 dan iPhone X. Berbeza dengan generasi iPhone sebelum ini, iPhone 8 dan 8 Plus hadir dengan lapisan kaca di depan dan belakangnya. Kerangkanya menggunakan aluminium siri 7000 yang lebih tahan lasak. Seperti sebelum ini, iPhone 8 dan 8 Plus hanya berbeza pada saiz skrin dan juga aturan kamera di belakangnya. 

Apple iPhone 8 hadir dengan skrin 4.7-inci dengan resolusi 750 x 1334 pixels manakala iPhone 8 Plus dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5 inci dan resolusi 1080 x 1920 pixels. Kedua dua peranti ini juga menyokong 3D Touch, Cinema Wide Color Gamut, True Tone dan fungsi kalis air dan debu (IP68). Untuk pilihan warna, kedua-duanya hadir dalam warna Silver, Space Gray dan Gold.

Apple iPhone 8 Malaysia Apple iPhone 8 Malaysia
Rekaan Apple iPhone 8 Plus dan Apple iPhone 8

Untuk fungsi fotografi, Apple iPhone 8 hadir dengan kamera tunggal 12 Megapixel dengan Aperture F1.8, OIS, PDAF, rakaman video 4K serta rakaman video gerak perlahan pada resolusi [email protected] Untuk model iPhone 8 Plus terdapat tambahan sensor kedua dibelakangnya dengan 12 Megapixel dengan aperture F2.8 yang mombolehkan ia melakukan 2x Optical Zoom.

Apple iPhone 8 MalaysiaApple iPhone 8 dan 8 Plus Dengan Ciri-Ciri Kalis Air (IP68)

Untuk fungsi dual kamera pada iPhone 8 Plus, Apple memperkenalkan fungsi baru yang dinamakan Potrait Lightning. Kameranya akan mengesan wajah sebagai subjek dan melaraskan secara automatik untuk wajah yang lebih cerah. Kecerahan wajah juga boleh laraskan selepas gambar diambil.

Didalamnya, Apple membawakan cip berkuasa yang dinamakan Apple A11 Bionic dengan 6-Core CPU. Pemproses baru ini dikatakan 25% lebih pantas berbandang cip A10 Fusion dan 30% lebih baik untuk prestasi grafik berbanding A10 Fusion.

Spesifikasi Apple iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

  • Paparan LED-backlit IPS LCD 4.8-Inci (iPhone 8) dan 5.5-Inci (iPhone 8 Plus)
  • Kamera Utama 12 MP(F1.8) OIS, PDAF, rakaman video 4K.
  • Sensor Kamera ke-2 pada iPhone 8 Plus dengan 12 MP (F2.8), OIS, 2X Optical Zoom
  • 7 Megapixel (F2.2) kamera selfie dan panggilan video.
  • Pemproses Apple A11 Bionic dengan Hexa-Core CPU.
  • Pilihan Memori dalaman 64GB dan 256 GB.
  • Platform iOS 11.
  • Sokongan SIM tunggal dan rangkaian 4G LTE-A.
  • Pengimbas Cap Jari di bahagian depan.
  • Rekaan Aluminium dan kaca dengan pilihan warna Silver, Space Gray, Gold.
  • Harga Apple iPhone 8 di Malaysia dijangka sekitar RM3199.

Memandangkan bahagian belakang iPhone 8 dan 8 Plus diperbuat dari kaca, kedua-dua peranti ini menyokong pengecasan tanpa wayar. Ia juga turut menyokong pengecasan pantas dimana boleh mencapai kuasa bateri 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Apple iPhone 8 MalaysiaTerbaru Untuk iPhone 8 Dan 8 Plus Dengan Pengecasan Tanpa Wayar dan Pengecasan Pantas

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus boleh ditempah bermula 15 September ini dan mula dipasarkan pada 22 September ini dengan harga bermula USD699 dengan pilihan dua variasi memori iaitu 64GB dan 256GB. Untuk harga Apple iPhone 8 dan 8 Plus di Malaysia serta tarikhjualannya masih lagi belum diumumkan. Namun, kamimenjangkakan bermula sekitar RM3199 untuk model iPhone 8 dan RM3799 untuk model iPhone 8 Plus.