Sony Xperia XA1 Plus Malaysia

Selain dua model premium yang diperkenalkan iaitu Xperia XZ1 dqn XZ1 Compact, Sony turut melancarkan  model pertengahan iaitu Sony Xperia XA1 Plus dengan harga jualan USD379.99 atau bersamaan RM1699 harga di Malaysia. Dari segi saiz paparan, model ini terletak di tengah-tengah antara Xperia XA1 dan juga Xperia XA1 Ultra dengan skrin bersaiz 5.5 inci dan resolusi HD1080p.

Peranti ini masih lagi menggunakan platform Android 7.0 Nougat. Namun anda tidak perlu risau kerana Sony telah menjanjikan kemaskini Android 8.0 Oreo akan hadir untuk Sony Xperia XA1 Plus tidak lama lagi. 

Untuk spesifikasinya, model pertengahan ini hadir dengan cip MediaTek  MT6757 Helio P20 dengan CPU Octa-Core dan Mali-T880MP2 pemproses grafik. Didalamnya juga membawakan memori dalaman 32GB dengan pilihan 4GB atau 3GB RAM. Bateri yang digunakan juga berkapasiti besar iaitu 3320 mAh dengan teknologi pengecasan pantas Pump Express+ 2.0 melalui port USB Type-C 1.0.

Sony Xperia XA1 Plus Malaysia

Sony Xperia XA1 Plus turut membawakan kombinasi kamera yang menarik dengan sensor 23 Megapixel F2.0 di bahagian belakangnya dengan fungsi SteadyShot bagi mengambil gambar yang lebih jelas tanpa kabur akibat gegaran tangan. Kamera utamanya juga membawakan fungsi PDAF, 1/23-inci saiz sensor, mod panorama, HDR serta rakaman video HD1080p. Kamera selfienya pula menggunakan lensa 8 Megapixel, F2.0 dengan saiz sensor 1/4-inci. Spesifikasi lanjut Sony Xperia XA1 Plus seperti dibawah :-

  • Paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi Full-HD 1080p.
  • Kamera 23 Megapixel, F2.0, PDAF, LED-Flash.
  • 8 Megapixel F2.0 kamera selfie.
  • Pemproses Mediatek MT6757 Helio P20, Octa-Core CPU.
  • Memori dalaman 32GB dan 3 atau 4 GB RAM.
  • Smartphone dengan Android 7.0 (Nougat).
  • Bateri Li-Ion 3430 mAh dengan pengecasan pantas.
  • Sokongan Dual-SIM dan rangkaian 4G LTE-A.
  • Rekaan dengan pilihan warna Black, Blue, Pink, Gold.
  • Harga USD379.99 di USA dengan jualan bermula 20 Oktober 2017.
  • Harga Sony Xperia XA1 Plus di Malaysia dijangka sekitar RM1699.

Seperti yang telah dinyatakan, Harga Sony Xperia XA1 Plus ialah USD379.99 di USA dengan jualan bermula 20 Oktober ini. Untuk pasaran Malaysia masih lagi belum diumumkan tetapi harganya dijangka sekitar RM1699 iaitu RM200 lebih murah berbanding model XA1 Ultra yang dijual denagn harga RM1899 di Malaysia.

Untuk harga rasmi Sony Xperia XA1 Plus di Malaysia serta tarikh jualan di Malaysia, anda boleh merujuk laman Harga Sony Mobile Malaysia apabila model ini berada di pasaran kelak.