Sony Xperia XZ1 Compact Malaysia

Sony baru sahaja melancarkan dua model premium berkuasa yang menggunakan cip pemproses High-End Snapdragon 835. Tidak seperti peranti perdana yang lain yang meggunakan cip yang sama, model Sony Xperia XZ1 dan XZ1 Compact ini hadir dengan skrin yang lebih kompak iaitu 4.6 inci untuk Sony Xperia XZ1 Compact dan 5.2 inci untuk Xperia XZ1.

Reka bentuk kedua-dua model baru ini tidak jauh bezanya dengan kebanyakan peranti Xperia yang diperkenalkan sebelum ini. Ianya hadir dengan empat pilihan warna termasuk Silver, Black, Horizon Blue dan juga Twilight Blue. Kedua-dua peranti ini juga mendapat pengikhtirafan IP68 untuk kalis air dan debu dibawah 1.5 meter paras air selama 30 minit. 

Agak mengecewakan bagi model Xperia XZ1 Compact yang bukan saja hadir dengan skrin kecil 4.6 inci malah resolusi skrin yang digunakan agak tendah iaitu 720p serta tidak menyokong kandungan HDR. Untuk Xperia XZ1 pula hadir dengan skrin 5.2 inci, resolusi HD1080p dan menyokong kandungan HDR.

Sony Xperia XZ1 Malaysia Sony Xperia XZ1 Compact Malaysia
Gambar Sony Xperia XZ1 dan Sony Xperia XZ1 Compact

Fokus utama kedua-dua peranti ini ialah prestasi yang cermerlang dengan kegunaan yang lancar tanpa sebarang masalah. Dengan penggunaan cip berkuasa Snapdragon 835 dan 4GB RAM sudah semestinya kedua-dua peranti ini dapat berjalan denagn lancar tanpa sebarang masalah. Fungsi multitasking juga akan begitu efektif walaupun menggunakan aplikasi di latar yang begitu banyak.

Untuk memori dalaman model XZ1 hadir dengan 64 GB manakala XZ1 Compact dimuatkan dengan 32GB. Memori tambahan microSD juga boleh ditambah sehingga 256GB untuk kedua-dua model ini. Kapasiti bateri yang digunakan juga sama iaitu 2700 mAh dengan kebolehan pengcasan pantas Quick Charge 3.0 melalui port USB Type-C. Lebih menarik lagi kedua-dua peranti ini adalah model terawal yang menggunaka platform terkini Android 8.0 Oreo. Untuk spesifikasi lanjut Sony Xperia XZ1 dan Sony Xperia XZ1 Compact seperti di bawah.

Sony Xperia XZ1 Sony Xperia XZ1 Compact
Platform Android 8.0 (Oreo) Android 8.0 (Oreo)
Pemproses Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835 Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835
CPU Octa-Core CPU Octa-Core CPU
Paparan
  • IPS LCD 5.2 Inci
  • Resolusi 1080 x 1920 pixels
  • HDR10 compliant, Triluminos display, X-Reality Engine
  • IPS LCD 4.6 Inci
  • Resolusi 720 x 1280 pixels
  • Triluminos display, X-Reality Engine
Memori
  • 64GB dan 4GB RAM
  • Sokongan microSD (256GB Max)
  • 32 GB dan 4GB RAM
  • Sokongan microSD (256GB Max)
Kamera Utama
  • 19 Megapixel (1/2.3″ Sensor Size)
  • PDAF, EIS,  4K Recorder, HDR, Panorama
  • 19 Megapixel (1/2.3″ Sensor Size)
  • PDAF, EIS,  4K Recorder, HDR, Panorama
Kamera Selfie
  • 13 Megapixel (1/3″ Sensor Size)
  • 8 Megapixel (1/4″ Sensor Size)
Rangkaian HSPA, LTE-A HSPA, LTE-A
Bateri
  • Li-Ion 2700 mAh
  • Pengecasan Pantas (Quick Charge 3.0)
  • Li-Ion 2700 mAh
  • Pengecasan Pantas (Quick Charge 3.0)
Ciri-Ciri
  • Warna Black, Warm Silver, Venus Pink, Moonlit Blue
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC, USB Type-C
  • Sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di Sisi
  • Warna Black, Snow Silver, Horizon Blue, Twilight Pink
  • Bluetooth, Wi-Fi, NFC, USB Type-C
  • Sokongan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di Sisi
Harga
  • USD699 (Jangkaan Sekitar RM2999 di Malaysia)
  • Jualan Bermula 19 September 2017 di USA
  • USD599 (Jangkaan Sekitar RM2599 di Malaysia)
  • Jualan Bermula 4 October 2017 di USA

Fungsi fotografi merupakan salah satu kelebihan untuk siri XZ1 ini dengan lensa utama 19 Megapixel MotionEye sepertimana digunakan pada model Xperia XZs dan XZ Premium. Kamera ini juga membawa kebolehan seperti Super Slow Motion Video dengan 960fps, rakaman video 4K, Mod Manual dan sebagainya. Untuk kamera selfie, Xperia XZ1 hadir dengan 13 Megapixel manakala model XZ1 Compact hadir dengan lensa 8 Megapixel.

Mengenai harga Sony Xperia XZ1 dan XZ1 Compact pula, model kecil akan di pasaran USA bermula 4 October dengan harga jualan USD599 atau sekitar RM2599 di Malaysia. Model XZ1 pula dijangka dijual sekitar RM2999.

Tarikh pelancaran Sony Xperia XZ1 di Malaysia berserta harga rasminya masih lagi belum diketahui. Untuk harganya, anda boleh layari halaman Harga Terkini Sony Malaysia apabila  kedua-dua model ini berada di pasaran tempatan kelak.