Vivo V7+ Malaysia

Vivo baru sahaja melancarkan smartphone baru untuk pasaran pertengahan. Model tersebut dikenali sebagai Vivo V7+ yang dilengkapi skrin FullView dengan aspect ratio 18:9 sepertimana terdapat pada model premium dari LG V30 dan juga LG G6.

Di India, peranti ini akan mulakan jualan bermula 15 September 2017 dengan harga INR 21,990 atau bersamaan sekitar RM1499 di Malaysia. 

Untuk rekaannya Vivo V7+ hadir dengan rekaan nipis 7.7 mm dalam dua pilihan warna Champagne Gold dan Matte Black. Skrinnya begitu luas dan nemanjang dengan saiz 5.99 inci dan resolusi 720 x 1440 pixel yang nembawakan ketumpatan skrin sekitar 259 PPI.

Vivo V7+ Malaysia

Di bahagian dalamnya, Vivo V7+ hadir dengan pemproses Snapdragon 450, 4GB RAM, 64 GB memori dalaman, sokongan slot microSD sehingga 256GB serta bateri Li-Ion 3225 mAh.

Peranti dengan Android 7.1 Nougat ini juga hadir dengan kamera 16 Megapixel, F2.0 dengan pelbagai fungsi termasuk PDAF, LED Flash, HDR serta perakam video HD1080p. Bagi yang gemar mengambil gambar selfie, sensor 24 Megspixel yang digunkan sudah tentu sangat membantu menghasilkan gambar selfie yang lebih cantik. Spesifikasi vivo V7+ sepenuhnya seperti di bawah.

  • Paparan IPS LCD 5.99-inci dengan resolusi 720 x 1440 pixels.
  • Kamera Utama 16 Megapixel (F2.0) dengan PDAF, LED Flash
  • 24 Megapixel (F2.0) kamera selfie dan panggilan video.
  • Pemproses Snapdragon 450, Octa-Core 1.8 GHz CPU.
  • Memori dalaman 64 GB serta 4 GB RAM.
  • Platform Android 7.1 (Nougat) .
  • Bateri Li-Ion 3225 mAh.
  • Sokongan Dual-SIM dan rangkaian 4G LTE.
  • Rekaan dengan pilihan Champagne Gold, Matte Black.
  • Harga Vivo V7+ di Malaysia dijangka sekitar RM1499.

Vivo V7 Plus mula dipasarkan di India pada 15 September ini dengan harga INR 21,990. Di Malaysia masih lagi belum diketahui mengenai harga rasmi dan juga tarik jualannya. Tetapi model ini dijangka berharga RM1499 di Malaysia apabila telah berada di pasaran kelak.

Untuk harga serendah itu, Vivo V7+ merupakan model dengan skrin FullView terendah dipasaran sekarang ini. Diharap lebih banyak peranti mampu milik dan model pertengahan nenggunakan skrin seumpama ini pada masa akan datang.