Xiaomi Mi A1 Malaysia

Pada tahun 2014, Google telah melancarkan program Android One dengan berkerjasama dengan pengeluar telefon pintar. Inisiatif tersebut bertujuan menghasilkan smartphone mampu milik yang mendapat kemaskini terus dari Google. Terbaru, Xiaomi baru sahaja melancarkan peranti Android One yang pertama dari jenama tersebut yang dinamakan sebagai Xiaomi Mi A1. Untuk pasaran Malaysia, peranti ini telah berada di pasaran dengan harga RM1099.

Perbezaan utama pada peranti ini berbanding smartphone Xiaomi yang lain sudah tentu pada sistem operasinya yang tidak menggunakan MiUi. Sebaliknya, ia menggunakan Android 7.1.2 Nougat versi tulen yang sentiasa dikemaskin terus dari Google. 

Jika lihat pada rekaannya, peranti ini tidak ubah seperti Apple iPhone 7 dengan susunan kamera belakang di penjuru atas serta jalur antena di bahagian atas dan bawahnya. Peranti ini boleh didapati dalam warna hitam, rose emas dan emas.

Xiaomi Mi A1 Malaysia

Untuk spesifikasinya, Xiaomi Mi A1 hadir dengan CPU pertenghan Snapdragon 625 dengan 4 GB RAM dan juga 64 GB memori dalaman. Memorinya juga boleh ditambah sehingga 256GB melalui slot microSD. Bagi peranti dengan harga sekitar RM1000, prestasi yang dibawakan Mi A1 agak baik tambahan pula ia menggunakan Android tulen tanpa sebarang lambakan aplikasi-aplikasi dari pengeluar smartphone yang tidak digunakan.

Xiaomi Mi A1 Malaysia

Fungsi menarik pada Mi A1 ini sudah tentu pada kameranya yang hadir dengan Dual-Kamera 12 Megapixel. Sensor pertamanya menggunakan lensa sudut lebar manakala sensor kedua menggunakan lensa telephoto yang membolehkan peranti ini membuat 2X optikal ZOOM. Bagi kamera Selfie pula, peranti ini menggunakan lensa 5 Megapixel.

  • Paparan LTPS IPS LCD 5.5-inci dengan resolusi Full-HD.
  • Dual Kamera 12 Megapixel (F2.2) + 12 Megapixel (F2.6)
  • 5 Megapixel kamera selfie dan panggilan video.
  • Pemproses Snapdragon 625, Octa-Core 2.0 GHz CPU.
  • Memori dalaman 64 GB serta 4 GB RAM.
  • Android 7.1.2 (Nougat) dan boleh dikemaskini ke Android 8.0 Oreo.
  • Bateri Li-Ion 3080 mAh dengan pengecasan pantas.
  • Sokongan Dual-SIM dan rangkaian 4G LTE.
  • Rekaan dengan pilihan warna emas, ros emas dan hitam.
  • Harga Xiaomi Mi A1 di Malaysia sekitar RM1099.

Seperti juga smartphone Google Pixel, Xiaomi Mi A1 juga akan menerima ruang storan tanpa had dengan kualiti tinggi untuk Google Photo.

Semasa pelancaran, Xiaomi turut mengumumkan kemaskini Android 8.0 Oreo akan hadir untuk Xiaomi Mi A1. Lebih menarik lagi, peranti ini antara model terawal yang akan menerima Android P yang masih lagi belum diumumkan.

Xiaomi Mi A1 Malaysia

Untuk harga Xiaomi Mi A1, ia dilancarkan di pasaran India bermula 12 September 2017 dengan harga INR14,999. Di Malaysia peranti ini boleh didapati bermula 21 September 2017 dengan harga jualan RM1099. Ia boleh didapati dari pengedar rasmi Xiaomi dan juga kedai atas talian seperti Lazada Malaysia.

Xiaomi Mi A1 boleh dikatakan salah satu model terbaik bagi yang mencari smartphone dibawah harga RM1200. Ia bukan sahaja menawarkan harga yang lebih murah, dual kamera yang terbaik malah jaminan kemaskini Android terkini dari Google juga merupakan salah satu kelebihannya yang tidak ada pada smartphone lain. Tentu lebih seronok sekiranya smartphone anda merupakan model yang terawal menggunakan Android P pada masa hadapan.