Xiaomi Mi Mix 2 Malaysia

Pada tahun lalu, Xiaomi mula memperkenalkan smartphone konsep, Xiaomi Mi Mix dengan skrin penuh tanpa bezel untuk setiap sisi kiri, kanan dan atas. Kamera selfie diletakan pada bezel di bawah manakala pengimbas cap jari terletak di bahagian belakangnya.

Hari ini Xiaomi telah mengumumkan generasi ke-2 peranti tersebut yang dikenali sebagai Xiaomi Mi Mix 2. Peranti tersebut akan mulakan jualan di China dengan harga jualan bermula RMB 3,299 atau bersamaan RM2199 di Malaysia. Berbeza dengan generasi sebelum ini, Xiaomi Mi Mix 2 membawakan rekaan yang lebih kecil iaitu 5.99-inci dengan resolusi FullHD+ dan aspect ratio 18:9.

Xiaomi Mi Mix 2 Malaysia

Seperti model perdana yang lain, Xiaomi Mi Mix 2 juga menggunakan cip berkuasa Snapdragin 835 dengan pilihan 6GB atau 8GB RAM. Pilihan memori juga ditawarkan dari 64GB sehingga 256GB.

Di bahagian belakngnya, Mi Mix 2 hadir dengan kamera tunggal dengan sensor 12 Megapixel Sony IMX386 iaitu sensor yang sama digunakan pada model Xiomi Mi 6. Spesifikasi kameranya termasuk 4-Axis OIS, 1/2.9-inci saiz sensor, PDAF, Dual-LED Flash dan mampu merakam video 4K. Untik kamera selfie pula hadir dengan lensa 5 Megapixel. 

Xiaomi Mi Mix 2 turut hadir dengan bateri berkapasiti 3,400 mAh dengan fungsi pengecasan pantas Quick Charge 3.0. Ia juga turut mendapat sentuhan MiUi 9 yang berasaskan Android 7.0 Nougat. Untuk harga Xiomi Mi Mix 2 seperti dibawah.

  • Mi Mix 2 (6GB RAM / 64GB) – RMB3299 (Bersamaan RM2199)
  • Mi Mix 2 (6GB RAM / 128GB) – RMB3599 (Bersamaan RM2399)
  • Mi Mix 2 (6GB RAM / 256GB) – RMB3999 (Bersamaan RM2599)
  • Mi Mix 2 Special Edition (8GB RAM / 128GB) – RMB4699 (Bersamaan RM3099)

Xiaomi Mi Mix 2 Malaysia

Untuk pilihan warna, model Aluminum hadir dalam warna hitam manakala Special Edition dengan kerangka seramik dan memori 8GB RAM hadir dalam warna hitam dan putih.

Xiaomi Mi Mix 2 Malaysia

Buat masa ini masih belum diketahui mengenai harga rasmi Xiaomi Mi Mix 2 di Malaysia dan tarikh julannya. Untuk maklumat, Xiaomi Mi Mix generasi pertama tidak dibawa masuk secara rasmi di Malaysia. Namun model yang telah diimport banyak dijual di Lazada Malaysia dengan harga sekitar RM2299.