Xiaomi Mi Note 3 Malaysia

Selain Xiaomi Mi Mix 2, Xiaomi turut mengumumkan Xiaomi Mi Note 3 yang merupakan model pertengahan dengan skrin 5.5 inci. Peranti ini akan mulakan jualan di China dengan harga bermula RMB 2,499 atau bersamaan RM1699 di Malaysia.

Xiaomi Mi Note 3 membawakan rekaan yang hampir sama dengan Xiaomi Mi 6 dengan dual lensa di bahagian belakangnya. Terdapat hanya dua pilihan warna iaitu hitam dan biru sahaja untuk model baru ini. 

Di bahagian hadapanya, Mi Note 3 membawakan skrin IPS LCD sebesar 5.5-inci dengan resolusi HD 1080P. Peranti ini juga nendapat sentuhan MiUi 9 yang berasaskan Android 7.1 Nougat.

Xiaomi Mi Note 3 Malaysia

Di dalamnya, Xiaomi Mi Note 3 dikuasai oleh pemproses pertenghan yang baru iaitu Snapdragon 660 dengan 6 GB RAM serta pilihan memori 64GB atau 128GB.

  • Paparan IPS LCD 5.5-inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels.
  • Kamera Utama Dual 12 Megapixel (27mm, F1.8 + 52mm, F2.6), OIS, PDAF.
  • 16 Megapixel (F2.0) kamera selfie dan panggilan video.
  • Pemproses Snapdragon 660, Octa-Core CPU.
  • Memori dalaman 64/128 GB serta 6 GB RAM.
  • Platform Android 7.1 (Nougat).
  • Bateri Li-Ion 3500 mAh.
  • Sokongan Dual-SIM dan rangkaian 4G LTE.
  • Ciri-ciri keselamatan melalui pengenalan wajah.
  • Rekaan logam dengan pilihan warna biru dan hitam.
  • Harga Xiaomi Mi Note 3 di Malaysia dijangka sekitar RM1699.

Seperti Xiaomi Mi A1 dan Mi 6, peranti ini juga mengguanakan aturan Dual-Kamera di belakangnya dengan sensor 12 Megapixel dan Aperture F1.8 untuk lensa utama dan F2.6 untuk lensa yang ke-2. Kameranya turut dimuatkan dengan 4-Axis OIS, 2x Optikal Zoom, PDAF dan Dual-LED Flash. Untuk selfie, boleh menggunakan lensa 16 Megapixel di bahagian depannya.

Untuk harga Xiaomi Mi Note 3, peranti ini boleh didapati di pasaran China serendah RMB 2,499 untuk model 64GB dan RMB 2,899 untuk model 128GB. Untuk model biru dengan 128GB memori dijual dengan harga RMB 2999.

Di Malaysia, tiada lagi maklumat mengenai harga rasmi Xiaomi Mi Note 3 dan juga tarikh jualannya di pasaran tempatan. Namu, Peranti ini dijangka akan dijual bermula sekitar RM2299 di Malaysia.