Plan Ansuran EasyPhone Huawei Mate 10

Huawei Mate 10 baru sahaja diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan harga RM2699. Ianya merupakan salah satu model perdana yang berbaloi dimiliki oleh kerana menawarkan pakej lengkap pada harga yang berpatutan berbanding model flagship dari jenama lain.

Bagi yang ingin membeli Huawei Mate 10 secara ansuran, Celcom telah menyediakan plan khas melalui kaedah bayaran ansuran EasyPhone dengan bayaran serendah RM148 sebulan untuk tempoh 24 bulan.

Pembelian melalui plan ansuran EasyPhone tidak ditawarkan dengan plan data internet khusus.  Sebaliknya diberikan SIM Prepaid XPAX dengan kredit RM30 setiap bulan secara percuma untuk 24 bulan.

Bagi yang berminat untuk dapatkan Huawei Mate 10 dengan ansuran EasyPhone boleh mendaftar secara online atau pergi ke cawangan Celcom berdekatan. Anda hanya perlu membawa salinan IC dan bukti pendapatan termasuk penyata bank, slip gaji dan maklumat bank. Bagi yang berkerja sendiri boleh sediakan borang pendaftaran bisnes dan makluamat bayaran cukai atau 6 bulan penyata bank.