Huawei Mate 10

Huawei dijangka akan memperkenalkan smartphone perdana Huawei Mate 10 pada 16 Oktober ini. Walau pun masih berbaki sekitar dua minggu sebelum pelancarannya, telah banya maklumat yang telah tertiris mengenai peranti premium tersebut.

Bedasarkan maklumat sebelum ini, Huawei Mate 10 akan diperkenalkan dengan tiga variasi iaitu Huawei Mate 10, Mate 10 Pro dan Mate 10 Lite. Mungkin terdapat juga edisi khas seperti Mate 10 Porsche Design. Keempat-empat variasi tersebut sudah tentu akan hadir dengan spesifikasi yang berbeza.

Sebelum ini juga, gambar render Mate 10 Pro juga telah didedahkan oleh evLeaks yang bakal hadir dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru dan coklat. Didepannya jelas menunjukan peranti ini akan hadir dengan skrin FullView dengan bezel nipis di setiap sisi termasuk atas dan bawah.

Huawei Mate 10 Gambar Huawei Mate 10 Yang Tertiris

Di bahagian belakangnya kelihatan dual kamera digunakan. Namu mengenai sensor yang digunakan masih lagi belum diketehui. Cuma, lensanya sudah tentu mendapat sentuhan dari Leica dengan kanta Sumilux-H dan Aperture F1.6 untuk kualiti gambar yang kebih baik dengan keadaan kurang cahaya.

Untup skrin, peranti ini bakal menggunakan paparan sekitar 6-inci dengan resolusi 1440 x 2880 pixels dengan nisbah skrin 18:9. Didalamnya, peranti ini akan dikuasai cip buatan sendiri Kirin 970, 4GB RAM dan bateri 4000 mAh.