IPhone 8 UMobile Postpaid Plan

Kemunculan Apple iPhone 8 di pasaran Malaysia sudah tentu dinanti-nantikan oleh peminatnya. Berita baik untuk mereka, smartphone tersebut akan memasuki pasaran tempatan pada 20 Oktober ini. Syarikat telco seperti U Mobile juga telah menawarkan plan khas untuk iPhone 8 dengan harga subsidi yang lebih rendah iaitu dari RM2140 untuk iPhone 8 dan RM2575 untuk iPhone 8 Plus.

Apple iPhone 8 dan 8 Plus membawakan rekaan yang serba baru dengan lapisan kaca di bahagian belakang untuk membenarkan pengecasan tanpa wayar. Apple juga telah menambah baik kamera dengan sensor yang lebih baik disamping pemproses yang berkuasa dengan cip baru A11 Bionic.

Dengan adanya skrin Retina HD yang jelas serta kualiti kamera 12 Megapixel yang lebih baik sudah tentu pengguna memerlukan data internet yang lebih banyak untuk menonton kandungan video di YouTube, berkongsi gambar di Instagram dan Facebook dan sebagainya. Jadi, tawaran plan data tanpa batas dari U Mobile ini adalah amat sesuai bagi pengguna iPhone 8.

Plan U Mobile i90 Dan i130 Untuk Apple iPhone 8

Terdapat dua plan data yang ditawarkan untuk iPhone 8 iaitu i90 dengan komitmen bulanan RM90 serta plan i130 dengan komitmen bulanan RM130 sebulan. Kedua-dua plan postpaid ini menawarkan data internet sebanyak 7GB bagi plan i90 dan 10GB untuk plan i130.

Lebih menarik lagi, kedua-dua plan data ini menawarkan panggilan tanpa had untuk kesemua rangkaian serta penggunaan data tanpa had untuk aplikasi popular seperti Youtube, Netflix, iFlix, Facebook, Instagram, Twitter, Apple Music, Spotify, Waze dan banyak lagi melalui servis data Video-ONZ™, Music-ONZ™ dan App-ONZ™. Bagi plan Postpaid i90, Video-ONZ™ menawarkan kouta data sebanyak 7GB manakala untuk plan i130 andala tanpa batas. Pencerahan plan untuk Postpaid i90 dan i130 seperti di bawah.

IPhone 8 UMobile Postpaid Plan

Berbeza dengan syarikat telco yang lain, mereka menawarkan kouta data yang tinggi namun penggunaan data pada aplikasi adalah terhad bergantung kepada langganan kouta. Jadi, untuk pengguna yang banyak menghabiskan data untuk aplikasi-aplikasi popular yang dinyatakan diatas, plan Unlimited dari U Mobile ini adalah pilihan yang paling sesuai oleh kerana penggunaan data adalah tanpa batas.

Untuk perbandingan plan data Apple iPhone 8 (64GB) bagi plan postpaid dengan komitmen bulanan sekitar RM130 antara Digi, Maxis, U Mobile dan Celcom seperti dibawah.

Plan Data Internet Untuk UMobile

Bagi yang berminat untuk dapatkan smartphone iPhone 8 melalui U Mobile perlu membayar wang pendahaluan sebanyak RM600 untuk plan i90 serta RM960 untuk i130. Namun anda tidak perlu risau kerana ia akan dikembalikan semula kepada anda untuk tempoh 24 bulan. Untuk maklumat lanjut mengenai plan data U Mobile untuk iPhone 8 boleh layari laman rasmi U Mobile.