[AdsLink]Huawei Mate 10 baru sahaja diumumkan dan Malaysia antara negara terawal yang menerima peranti tersebut di pasaran. Di Malaysia Huawei Mate 10 dijual dengan harga RM2699 dan ianya agak murah berbanding model perdana dari jenama popular yang lain.
Bagi yang inginkan plan data internet untuk smartphone tersebut, Digi telah menawarkan pakej terbaik dengan harga subsidi peranti serendah RM999 untuk plan Digi Postpaid 138. Terdapat tiga plan yang ditawarkan termasuk Digi Postpaid 78, Digi Postpaid 108 dan digi Postpaid 138. Pencerahan Plan Data Internet Digi untuk Huawei Mate 10 seperti di bawah.
Melalui ketiga-tiga plan ini juga menawarkan panggilan tanpa batas untuk kesemua rangkaian, cas 10 sen untuk sms serta 20sen untuk MMS. Pengguna juga menerima langganan iFlix percuma selama 30 hari.
- Baca Juga Spesifikasi Penuh Huawei Mate 10
Untuk maklumat lanjut mengenai plan data internet untuk Huawei Mate 10 boleh layari laman rasmi Digi.