[AdsLink]Apabila anda memiliki bajet yang rendah untuk smartphone, sudah tentu anda akan memilih peranti yang berbaloi dari segi prestasinya, fungsi serta harga yang ditawarkan. Honor 6A Pro bukanlah sebuah peranti yang berkuasa, Namun dengan harganya yang serendah RM699 amat berbaloi dengan apa yang ditawarkan.
Reka Bentuk Dan Skrin
Honor yang merupakan jenama di bawah Huawei telah menghasilkan rekaan Honor 6A Pro kelihatan lebih elegan dengan kerangka logam walaupun ia model mampu milik. Ia boleh didapati dalam tiga pilihan warna iaitu kelabu, emas dan perak. [AdsPost]
Peranti dengan rekaan kemas ini hadir dengan skrin 5.0-inci pada resolusi HD720p. Di belakngnya tertera jelas pengimbas cap jari, LED Flash dan kamera. Manakala di sisi atas, tepi dan bawah hadir dengan jack audio 35mm, microUSB untuk pengecasan, butang kuasa serta butang kawalan suara.
Prestasi Dan Kamera
Di bahagian dalam, Honor 6A Pro dikuasai oleh cip Qualcomm Snapdragon 430 dengan CPU Octa-Core, 32 GB nemori dalaman serta 3 GB RAM yang cukup menjalankan sebarang aplikasi tanpa sebarang masalah.
Kapasiti baterinya juga agak besar untuk peranti kecil ini. Ia menggunakan bateri Li-Po 3020 mAh. Baterinya mampu bertahan sehingga 32 jam waktu berbual serta sehingga 47 jam waktu mainan muzik. Honor 6A Pro dijalankan menggunakan Android 7.0 Nougat dengan antaramuka EMUI 5.1 yang lebih kemas.
- Baca Spesifikasi Penuh Honor 6A Pro
- Senarai Harga Huawei Di Malaysia
- Senarai Smartphone Terbaik Bawah RM800
Honor 6A Pro juga hadir denga Kamera 13 Megapixel berserta autofokus dengan kepantasan fokus hanya 0.5 saat. Ia juga menyokong pelbagai mod fotografi termasuk Panorama dan HDR. Bagi yang suka berselfie, peranti mampu milik ini menawarkan Lensa 5 Megapixel untuk perkara tersebut.
Harga Honor 6A Pro Malaysia
Di Malaysia, Honor 6A Pro telah berada di pasaran tempatan dengan harga jualan serendah RM699. Ia boleh didapati bermula 19 Oktober 2017.
Untuk harga serendah RM699, peranti ini boleh dikatakan salah satu model terbaik untuk peranti dibawah RM800. Untuk harga yang sama, anda juga mungkin boleh dapatkan peranti tersebut :-
- Samsung Galaxy J3 Pro (2017) – RM699
- Leagoo T1 Plus – RM699
- Wiko Ufeel – RM699
- Xiaomi Redmi Note 5A – RM549
Bagi yang berminat untuk dapatkan peranti Honor 6A Pro boleh dapatkannya dari pengedar rasmi Huawei dan Honor serta kedai atas talian seperti Lazada Malaysia.