Harga Sony Xperia XZ1 Compact Malaysia

Agak susah di pasaran sekarang untuk mencari sebuah smartphone perdana dengan saiz yang kecil. Kebanyakannya hadir dengan skrin 5.5 inci dan keatas. Namun Sony cuba mencari kelainan dengan memperkenalkan Sony Xperia XZ1 Compact yang merupakan smartphone perdana dengam cip berkuasa Snapdragon 835 dan hanya bersaiz 4.6 inci skrin.

Di Malaysia smartphone premium ini baru sahaja berada di pasaran tempatan dengan harga jualan RM2099. Harganya agak berpatutan berbanding peranti yang mengguanakan cip Snapdragon 835 yang lain seperti Samsung Galaxy Note 8 dan LG V30 dan sebagainya yang mencecah RM4000.

Dari spesifikasi dan reka bentuknya, XZ1 Compact mengambil segala aspek yang ada pada model besar Xperia XZ1. Cuma saiz skrinnya sahaja berbeza. Peranti ini hadir dalam empat pilihan warna termasuk hitam, harizon blue, putih dan twilight pink.

Harga Sony Xperia XZ1 Compact Malaysia Harga Sony Xperia XZ1 Compact Malaysia
Sony Xperia XZ1 Compact

Kelebihan Sony Xperia XZ1 Compact sudah tentu pada kameranya yang menggunakan teknologi Motion Eye dengan pemproses imej BionZ. Hasilnya kamera 19 Megapixel ini mampu merakam video gerak perlahan sehingga 960 frame per saat. Kameranya juga hadir dengan Hybrid Autofocus, rakaman video 4K dan juga mod SteadyShoot dengan penstabilan 5-Axis. Kamera selfie pula hadir dengan 8 Megapixel yang turut hadir dengan teknologi SteadShoot untuk gambar yang lebih jelas tanpa kabur akibat gegaran.

Sony juga telah memperkenalkan fungsi baru yang dinamakan 3D Creator dimana ia mampu menjadikan wajah kita sebagai model 3D yang boleh dijadikan sebagai Avatar. Sony Xperia XZ1 Compact merupakan smartphone terawal yang menggunakan platformterkini Android 8.0 Oreo. Spesifikasi lengkap untuk Sony Xperia XZ1 Compact seperti di bawah.

Sony Xperia XZ1 Compact
Platform Android 8.0 (Oreo)
Pemproses Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835
Memori 32 GB Memori Dalaman dan 4 GB RAM
Paparan IPS LCD 4.6 inci, 720 x 1280 pixels (HD)
Kamera Utama
Kamera Depan
  • 8 Megapixel
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 2700 mAh dengan teknologi Quick Charge 3.0
  • Warna Black, White Silver, Twilight Pink, Horizon Blue
  • Sambungan 4G LTE-A Dengan Dual-SIM
  • Pengimbas Cap Jari di bahagian tepi
  • Kalis debu dan percikan air (IP68)
  • USB Type-C, NFC, Wifi dan Bluetooth
Harga Di Malaysia RM2099
Kelebihan
  • Smartphone dengan pemproses berkuasa Snapdragon 835 untuk prestasi yang lebih baik.
  • Jumlah RAM yang tinggi meningkatkan kepantasan dan fungsi multi-tasking yang lebih efektif.
  • Hadir dengan rangkaian LTE-Advanced untuk internet yang lebih pantas.
  • Sistem kamera yang lebih baik dengan teknologi Exmor RS, Sony Lens G dan pemproses imej BionZ.
  • Rekaan dengan kalis debu dan percikan air (IP68)
  • Hadir dengan Audio resolusi tinggi pada stereo speaker dengan teknologi DSEE HX dengan kesan BASS yang lebih sempurna.
  • Fungsi baru yang dinamakan 3D Creator untuk hasilkan karya 3D melalui objek yang diambil melalui kamera.
  • Pengecasan pantas melalui teknologi Quick Charge 3.0.
Kekurangan
  • Bateri yang tidak boleh ditukar.
  • Skrin yang agak kecil dengan 4.6 inci berbanding model perdana yang lain.
  • Rekaan bezel atas dan bawah serta sisi yang agak besar.
  • Penggunaan skrin dengan resolusi rendah HD 720P
Dapatkan Sony Xperia XZ1 Compact Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Sony Xperia XZ1 Compact telah berada di pasaran tempatan dengan harga serendah RM2099. Ia boleh di dapati dari pengedar rasmi Sony Malaysia atau pun kedai atas talian Lazada Malaysia mulai 24 October 2017. Peranti ini amat sesuai bagi yang ingikan smartphone bersaiz kecil dengan prestasi yang cermerlang serta fungsi kamera yang terbaik.