Harga Xiaomi Redmi Note 5A Malaysia

Bagi yang sedang mencari smartphone murah atau mampu milik, model dari Xiaomi ini harus berada dalam senarai pilihan anda. Xiaomi Malaysia baru sahaja melancarkan Xiaomi Redmi Note 5A untuk pasaran tempatan dengan harga serendah RM549.

Reka Bentuk Dan Skrin

Dari segi reka bentuknya, model baru ini hampir sama dengan Xiaomi Redmi 4A yang dijual di pasaran tempatan January lalu dengan harga RM469. Perbezaan ketara hanyalah pada skrinnya yang lebih besar iaitu 5.5-inci dengan resolusi 720 x 1280 pixels pada model Redmi Note 5A.

Bagi sebuah samartphone dengan harga sekitar RM500 sudah tentu tidak mengharapkan rekaan yang premium. Keseluruhan kerangka luar telefon diperbuat daripada plastik atau polycarbonate dengan pilihan warna Dark Gray, Gold dan Rose Gold. Tiada kamera utama berkembar dan pengimbas cap jari untuk peranti ini.

Harga Xiaomi Redmi Note 5A Malaysia Harga Xiaomi Redmi Note 5A Malaysia
Harga Xiaomi Redmi Note 5A di Malaysia Serendah RM549

Spesifikasi Dan Kamera

Di bahagian dalamnya, Xiaomi Redmi Note 5A membawakan cip Snapdragon 425 iaitu cip yang diperkenalkan pada tahun lepas oleh Qualcomm untuk smartphone kelas permulaan. Didalamnya juga terdapat ruangan memori 16 GB serta 2 GB RAM. Bagi yang inginkan memori yang lebih besar, slot microSD boleh digunakan yang boleh dimuatkan sehingga 256GB.

Untuk kamera, Xiaomi Redmi Note 5A hadir dengan sensor tunggal 13 Megapixel F2.2 di bahagian belakang dengan LED Flash serta pelbagai mod fotografi seperti HDR, Panorama dan sebagainya. Peranti ini juga boleh merakam video dalam resolusi HD 1080p pada 30fps.

Bagi yang gemar mengambil gambar selfie, Redmi Note 5A menyediakan lensa 5 Megapixel dengan Aperture F2.2 di bahagian hadapan. Mod selfie seperti Beautify juga hadir untuk gambar selfie yang lebih menarik.

Spesifikasi Xiaomi Redmi Note 5A
Platform Android 7.0 (Nougat)
Pemproses Qualcomm MSM8917 Snapdragon 425
Memori 16 GB Memori Dalaman dan 2 GB RAM
Paparan IPS LCD 5.5 inci, 720 x 1280 pixels (HD)
Kamera Utama
  • 13 Megapixel (F2.2)
  • Phase Detection Autofocus
  • Rakaman Video [email protected]
  • Mod HDR, Panorama
Kamera Depan 5 Megapixel (F2.0)
Ciri-Ciri
  • Bateri Li-Ion 3080 mAh
  • Warna Dark Gray dan Gold
  • Sambungan 4G LTE Dengan Dual-SIM
Harga Di Malaysia RM549, Jualan Bermula 11 Oktober 2017
Kelebihan
  • Harga murah dan mampu milik serendah RM549.
  • Skrin besar dengan saiz 5.5 inci dan resolusi HD720p.
  • Bateri tahan lama dengan waktu sedia sehingga 11 hari.
  • rekaan berkualiti walau pun menggunakan bahan polycarbonate.
  • slot microSD untuk memori tambahan yang boleh dimuat sehingga 128GB.
  • Kamera 13 Megapixel dengan PDAF untuk fokus yang lebih pantas.
Kekurangan
  • Bateri Yang Tidak Boleh Ditukar.
  • Tiada pengimbas cap jari untuk fungsi keselamatan.
  • RAM dan memori yang agak rendah.
Dapatkan Xiaomi Redmi Note 5A Melalui Lazada Malaysia Beli Sekarang

Walau pun Redmi Note 5A dikelaskan sebagai smartphone bajet, namun ia hadir dengan beberapa fungsi menarik antaranya seperti sokongan infraRed untuk dijadikan sebagai kawalan jauh untuk TV dan peranti yang nenyokong. Peranti ini juga menyokong penggunaan Dual-SIM dengan rangkaian internet pantas 4G LTE.

Menurut Xiaomi, peranti dengan bateri Li-ion 3080 mAh ini juga mempunyai penggunaan bateri yang menjimatkan. Ia mampu bertahan sehingga 264 jam waktu sedia, sehingga 35 jam waktu berbual serta sehingga 92 jam waktu bermain muzik.

Harga Xiaomi Redmi Note 5A

Xiaomi Redmi Note 5A akan mulakan jualan di Malaysia bermula 11 Oktober 2017 yang boleh didapati dari kedai rasmi Xiaomi di Lazada Malaysia atau pengedar sah Xiaomi di seluaruh Malaysia. Harga Xiaomi Redmi Note 5A di Malaysia ialah RM549 untuk model 16GB/2GB RAM yang hadir dalam warna Dark Gray dan Gold.

Kesimpulannya, Xiaomi Redmi Note 5A boleh dikatakan sebagai model terbaik untuk smartphone di bawah harga RM600. Untuk harga tersebut, anda mungkin boleh dapatkan peranti seperti vivo y53 (RM599), Motorola Moto E4 (RM639), Nokia 3 (RM599) atau Samsung Galaxy J3 Pro 2017 (RM699). Namun, antara kesemua model tersebut, Xiaomi Redmi Note 5A adalah model terbaik.