Sony Xperia R1 Dan R1 Plus Malaysia

Sony baru sahaja melancarkan dua model pertenghan untuk pasaran India iaitu Sony Xperia R1 dan Sony Xperia R1 Plus. Harganya sekitar INR 13,990 (RM919) untuk model Xperia R1 dan INR 15,990 (RM1049) untuk model dengan memori yang lebih besar, Xperia R1 Plus.

Sebenarnya model R1 dan R1 Plus adalah sama. Cuma memori dalaman dan RAM sahaja berbeza dimana model R1 hadir dengan 16GB/2GB RAM manakala R1 Plus dimuatkan dengan 32GB/3 GB RAM di dalamnya.

Kedua-dua model ini hadir dengan skrin bersaiz 5.2 inci pada resolusi HD 720p. Didalamnya, peranti dengan Android 7.1 Nougat terbina ini dikuasai oleh cip Snapdragon 430, Octa-Core CPU, Adreno 505 GPU serta slot tambahan microSD.

Sony Xperia R1 Dan R1 Plus Malaysia

Untuk kamera, sensor tunggal 13 Megapixel digunakan untuk mengambil gambar manakala untuk selfie menggunakan lensa 8 Megapixel. Fungsi kamera yang lain termasuk sokonfan PDAF, LED Flash, perakam video HD1080p serta mod-mod fotografi seperti Panorama, HDR dan sebagainya.

Spesifikasi Sony Xperia R1

  • Paparan IPS LCD 5.2-Inci dengan resolusi 720 x 1280 pixel.
  • Kamera Utama 13 Megapixel, PDAF, rakaman video 1080p.
  • 8 Megapixel kamera selfie dan panggilan video.
  • Pemproses Snapdragon 430 dengan Octa-Core CPU.
  • Memori dalaman 32GB dan 3GB RAM (Sony Xperia R1 Plus)
  • Memori dalaman 16GB dan 2GB RAM (Sony Xperia R1)
  • Platform Android 7.1 (Nougat).
  • Sokongan dual-SIM dan rangkaian 4G LTE.
  • Pilihan warna hitam dan perak.
  • USB Type-C 1.0.

Buat masa ini, Sony Xperia R1 dan R1 Plus hanya memasuki pasaran India sahaja. Pasaran diluar India masih lagi belum diketahui.