Huawei Honor 7X Malaysia

Huawei baru sahaja melancarkan Honor 7X iaitu sebuah smartphone dengan skrin 18:9 dan aturan dual-kamera di bahagian belakangnya.

Di depannya, Honor 7X membawakan skrin bersaiz 5.93 inci dengan resolusi Full-HD+ 1080 x 2160 pixels. Model baru ini memiliki kelebaran yang hampir sama dengan Honor 6X namun sedikit memanjang memandangkan ia menggunakan nisbah skrin 18:9.

Honor 7X juga dikuasai oleh cip Kirin 659 dengan CPU Octa-Core dan cip grafik Mali-T830 MP2. Peranti ini juga membawakan 4 GB RAM serta variasi memori dari 32GB sehingga 128GB.

Huawei Honor 7X Malaysia

Berbanding Honor 6X, kamera untuk model baru ini telah dikemaskini dengan sensor yang lebih baik. Kamera utama menggunakan dua sensor 16 Megapixel dan 2 Megapixel manakala untuk selfie menggunakan lensa 8 Megapixel.

Turut hadir pada peranti ini termasuk antaramuka EMUI 5.1 yang berasaskan Android 7.0 Nougat, 3340 mAh bateri, pengimbas cap jaridi belakang sokongan dual-SIM dengan rangkaian LTE serta DTS audio.

Spesifikasi Honor 7X

  • Paparan LTPS IPS LCD 5.93-Inci dengan resolusi 1080 x 2160 pixels.
  • Kamera Utama Dual 16 MP + 2 MP, PDAF, rakaman video 1080p.
  • 8 Megapixel kamera selfie dan panggilan video.
  • Pemproses HiSilicon Kirin 659 dengan Octa-Core CPU dan 4 GB RAM.
  • Pilihan Memori dalaman 32, 64 dan 128 GB.
  • Platform Android 7.0 (Nougat) dan antaramuka EMUI 5.1.
  • Sokongan dual-SIM dan rangkaian 4G LTE.
  • Rekaan logam dengan pilihan warna hitam, biru dan emas.
  • Harga Honor 7X di Malaysia dijangka bermula sekitar RM899.

Honor 7X akan mulakan jualan pada 17 Oktober ini di China dengan harga CNY 1300 (±RM899) untuk model 32GB, CNY 1700 (±RM1099) untuk model 64GB serta CNY 2000 (±RM1299) untuk model 128GB. Dijangka pasaran di luar China akan menyusur tidak lama lagi.

Untuk harga Honor 7X di Malaysia, peranti ini dijangka akan dijual bermula sekitar RM899. Harga rasmi serta tarikh jualan di Malaysia masih lagi belum diketahui.