Nokia 2 Malaysia

Nokia baru sahaja mengumumkan smartphone mampu milik terbaru iaitu Nokia 2. Ianya akan menyertai pasaran smartphone bajet dengan harga jualan EUR 99 bersamaan RM499 di Malaysia.

Mengenai Spesifikasi Nokia 2, ia merupakan peranti yang dikuasai oleh pemproses Snapdragon 212 dengan keupayaan CPU 4-Teras 1.2 GHz. Ianya merupakan pemproses kelas permulaan yang sesuai bagi Nokia 2 yang berharga bawah RM500.  Cip ini juga tersedia dengan sambungan 4G LTE serta penggunaan tenaga yang menjimatkan. Tambahan pula Nokia 2 hadir dengan bateri berkapasiti besar iaitu  4100 mAh yang mampu bertahan sekurang-kurangnya dua hari penggunaan.

Nokia 2 juga membawakan 1 GB RAM dengan memori terbina 8GB. Kad memori microSD juga boleh digunakan untuk model ini yang boleh dimuat sehingga 128 GB.

Nokia 2 Malaysia

Di bahagian depan, Nokia 2 membawakan skrin bersaiz 5.0-inci dengan resolusi HD720p serta Corning Gorilla Glass untuk skrin yang lebih tahan lasak. Telefon ini juga hadir dengan kamera tunggal di belakangnya manakala kamera selfie 5 Megapixel di bahagian hadapan.

Menariknya, Nokia 2 menggunakan Android tulen versi 7.1.1 Nougat yang sentiasa dikemaskini. Ia juga turut dimuatkan dengan aplikasi Google Assistant. Nokia juga menawarkan ruangan tanpa had untuk video dan photo melalui aplikasi Google Photos. Antara spesifikasi lanjut Nokia 2 seperti dibawah.

Spesifikasi Nokia 2

  • Paparan LTPS IPS LCD 5.0-Inci dengan resolusi 720 x 1280 pixel.
  • Kamera Utama 8 Megapixel, Autofokus, LED Flash, rakaman video 720p.
  • 5 Megapixel kamera selfie dan panggilan video.
  • Pemproses Snapdragon 212 dengan Quad-Core CPU.
  • Memori dalaman 8GB dan 1GB RAM.
  • Platform Android 7.1.1 (Nougat).
  • Sokongan dual-SIM dan rangkaian 4G LTE.
  • Rekaan dengan kerangka aluminium dan penutup belakang polycarbonate.
  • Bateri Li-Ion 4100 mAh.
  • Harga Nokia 2 di Malaysia dijangka sekitar RM499.

Peranti ini akan dilancarkan untuk pasaran Global pada pertengahan November 2017 dengan harga jualan EUR 99. Buat masa ini tiada maklumat mengenai harga Nokia 2 di Malaysia atau tarikh jualan di pasaran tempatan. Namun, harga Nokia 2 di Malaysia dijangka sekitar RM499.