Vivo X20 Plus Malaysia

Vivo baru sahaja memperkenalakn dua model smartphone pertengahan yang dinamakan vivo X20 dan X20 Plus. Mengikut trend smartphone terkini, kedua-dua peranti ini hadir dengan skrin FullView dengan resolusi FullHD+ 1080 x 2160 pixel.

Kedua-dua peranti ini membawakan rekaan dan spesifikasi yang hampir sama. Perbezaan antara vivo X20 dan X20 Plus hanya pada saiz skrin dan juga kapasiti bateri. Model X20 hadir dengan skrin 6.01-inci dengan bateri Li-Ion 3250 mAh manakala untuk model X20 Plus hadir dengan skrin lebih besar iaitu 6.43-inci dengan bateri Li-Ion 3900 mAh. 

Di bahgian dalamnya, kedua-duanya dikuasai dengan cip Snapdragon 660, 4 GB RAM serta ruangan memori 64GB. Peranti ini turut menyokong slot microSD, pengimbas cap jari di belakang serta sokongan dual-SIM dengan rangkaian LTE.

Vivo X20 Plus Malaysia

Untuk kamera, vivo X20 dan X20 Plus hadir dengan Dual kamera 12 Megapixel dan 5 Megapixel di belakangnya. Manakala kamera selfie pula menggunakan sensor 12 Megapixel.

Di China, vivo X20 telah mulakan jualan dengan harga RMB 2988 manakala model vivo X20 Plus dijual dengan harga RMB 3498. Di Malaysia, masih belum ada maklumat rasmi mengenai tarikh pasaran dan harganya untuk  pasaran tempatan. Namun peranti ini dijangka berharga sekitar RM1999 untuk model X20 danRM2299 untuk X20 Plus.